Zii Jia tekad bangkit di Terbuka India
Zii Jia tekad bangkit di Terbuka India

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, mengakui tahap permainannya masih belum mencapai prestasi optimum selepas baru pulih daripada kecederaan buku lali dan belakang, namun tetap bertekad memperbaiki pencapaian di Terbuka Malaysia apabila turun beraksi di Terbuka India, Selasa ini.
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris itu menyifatkan penyertaannya dalam kejohanan berstatus Super 750 sebagai langkah penting untuk kembali mencari rentak sebenar permainan di pentas kompetitif.
“Secara jujur, saya masih belum 100 peratus. Dari segi fizikal memang belum cukup lagi. Kalau nak nilai, mungkin sekitar 50 hingga 60peratus.
“Tapi saya akan terus berusaha untuk capai kembali prestasi terbaik saya,” kata Zii Jia ketika mengulas prestasinya selepas tersingkir awal di Terbuka Malaysia.
Dalam aksi Terbuka Malaysia Zii Jia terpaksa akur tersingkir seawal pusingan pertama di tangan pemain India, Ayush Shetty selepas kembali daripada kecederaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Diperangkap Persepsi, Sistem Keadilan Buktikan Ahmad Zahid Tidak Bersalah
- PAU 2025 Penentu Kekuatan Parti Depani Cabaran Politik Semasa
- RISDA Salur 1,630 Tangki Air Kepada Pekebun Kecil di Sabah
Kecederaan yang dialami menyaksikan pemain berusia 27 tahun itu hanya sempat beraksi dalam tujuh perlawanan daripada lima kejohanan, sekali gus menjejaskan konsistensi dan kecergasan perlawanan.
Terbuka India menjadi antara kejohanan utama buat Zii Jia bulan ini, selain Terbuka Malaysia, Masters Indonesia dan Masters Thailand, dalam usaha mengumpul semula momentum, meningkatkan kecergasan serta memperbaiki kedudukan ranking dunia.
Zii Jia kini menghuni ranking ke-144 dunia, dijadual berdepan cabaran awal sukar di Terbuka India apabila bertemu pemain Denmark, Rasmus Gemke, pada pusingan pertama.
Biarpun sedar laluan sukar menantinya, Zii Jia melihat Terbuka India sebagai platform terbaik untuk menilai perkembangan fizikal dan tahap permainannya selepas tempoh berehat panjang akibat kecederaan.
Jika melepasi pusingan pertama, Zii Jia dijangka berdepan sama ada pilihan keenam kejohanan dari Perancis, Alex Lanier atau wakil Taiwan, Chi Yu Jen di pusingan kedua, sebelum laluan dijangka semakin mencabar dengan kemungkinan pertemuan menentang pemain nombor satu dunia dari China, Shi Yu Qi di peringkat suku akhir.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azhari Yakin PAU 2025 Bawa Gelombang Hala Tuju Kebangkitan UMNO
- UMNO Tidak Pernah Abaikan Agenda Islam dan Melayu – Nurulhidayah
- PAU 2025: Rapatkan Saf, Utamakan Parti – Faiz Hashim
Pemuda UMNO: Antara Perjuangan Dan Pemain Selamat Dalam Barisannya.
“Saya tahu banyak perkara yang masih belum memuaskan hati. Refleks pun rasa agak lambat. Tapi perkara paling positif, saya dapat habiskan satu perlawanan penuh tanpa kecederaan. Itu sangat penting untuk saya.
“Empat kejohanan ini sangat penting untuk saya cari balik momentum di peringkat tertinggi. Saya akan terus bersama pasukan dan cuba perbaiki sedikit demi sedikit,” katanya sambil mengakui sokongan peminat menjadi suntikan semangat terbesar dalam usaha kebangkitannya.
Zii Jia tekad bangkit di Terbuka India
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tekankan Pembaharuan, Ketegasan Prinsip Parti Dalam PAU 2025 – Izwan Kamar
- Angkat Aspirasi Anak Muda, Dr. Akmal Doakan Kelancaran Kempen BN Di Kinabatangan, Lamag
- PAU: Wanita UMNO Lakukan Persediaan Awal, Alukan Kehadiran Para Perwakilan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRK Kinabatangan & Lamag: Wanita UMNO Sabah Tekad Bantu Pastikan Kemenangan BN
You must be logged in to post a comment.