Tragedi Pantai Sauh: Mayat Muhammad Zarif ditemukan awal pagi tadi

Mayat Muhammad Zarif ditemukan di pantai Kampung Mengabang Panjang, Batu Rakit, enam kilometer dari lokasi kejadian mangsa dilaporkan lemas di Pantai Sauh, Kampung Pengkalan Atap, Jumaat lalu. – Foto NSTP/ Ihsan POLIS.

KUALA NERUS: Mayat kanak-kanak berusia empat tahun, Muhammad Zarif Mohd Hazahari, ditemui terdampar dalam keadaan tidak berpakaian di Pantai Kampung Mengabang Panjang, Batu Rakit, awal pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor, berkata mayat ditemui pasukan penyelamat bersama orang awam yang menjalankan rondaan di pesisir pantai kampung berkenaan jam 3 pagi tadi.

“Ketika ditemui mayat mangsa dalam keadaan tidak berbaju dan tidak berseluar, namun keadaan mayat 90 peratus sempurna,” katanya.

Katanya, jarak lokasi mayat ditemui adalah kira-kira enam kilometer dari lokasi kejadian mangsa dilaporkan lemas di Pantai Sauh, Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit.

“Pihak keluarga mengesahkan mayat itu adalah anak kandung mereka.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAU 2025 Himpun 6,412 Perwakilan, 662 Usul Diterima – SUA

“Keterangan saksi bebas iaitu ibu saudara mangsa dirakamkan dan mengesahkan mangsa dipercayai lemas selepas ditarik ombak besar ketika berada di pantai berkenaan, Jumaat lalu,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian akibat lemas dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Media sebelum ini melaporkan, Muhammad Zarif dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan ombak besar ketika di Pantai Sauh, Batu Rakit, di sini, petang Jumaat lalu.

Pada kejadian kira-kira 6.30 petang itu, mangsa berada di pantai berkenaan bersama ibu saudaranya serta empat lagi kanak-kanak lain untuk bersiar-siar.

Selepas setengah jam berada di kawasan pantai, mangsa dikatakan ke gigi air sebelum secara tiba-tiba dihanyutkan ombak.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemuda UMNO: Antara Perjuangan Dan Pemain Selamat Dalam Barisannya.

“Pihak keluarga mengesahkan mayat itu adalah anak kandung mereka.

“Keterangan saksi bebas iaitu ibu saudara mangsa dirakamkan dan mengesahkan mangsa dipercayai lemas selepas ditarik ombak besar ketika berada di pantai berkenaan, Jumaat lalu,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian akibat lemas dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Media sebelum ini melaporkan, Muhammad Zarif dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan ombak besar ketika di Pantai Sauh, Batu Rakit, di sini, petang Jumaat lalu.

Pada kejadian kira-kira 6.30 petang itu, mangsa berada di pantai berkenaan bersama ibu saudaranya serta empat lagi kanak-kanak lain untuk bersiar-siar.

Selepas setengah jam berada di kawasan pantai, mangsa dikatakan ke gigi air sebelum secara tiba-tiba dihanyutkan ombak.

Tragedi Pantai Sauh: Mayat Muhammad Zarif ditemukan awal pagi tadi

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRK Kinabatangan & Lamag: Wanita UMNO Sabah Tekad Bantu Pastikan Kemenangan BN

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker