Tekankan Pembaharuan, Ketegasan Prinsip Parti Dalam PAU 2025 – Izwan Kamar
Tekankan Pembaharuan, Ketegasan Prinsip Parti Dalam PAU 2025 – Izwan Kamar

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 dilihat sebagai platform penting apabila beberapa perwakilan, termasuk ahli UMNO di peringkat akar umbi, tampil menyuarakan pandangan yang mencerminkan realiti serta keresahan tertentu dalam parti.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Jempol, Mohd Izwan Kamar Badri berkata, PAU tahun ini memperlihatkan hasrat sebahagian perwakilan untuk melihat UMNO kembali muncul sebagai parti yang tegas, berprinsip dan berpaksikan suara ahli serta kepentingan orang Melayu.
Menurutnya, pembahas usul dari beberapa negeri turut menekankan keperluan UMNO memperjelaskan hala tuju parti serta kedudukannya dalam landskap politik semasa agar terus diyakini oleh ahli dan rakyat.
“Sudah pasti, PAU 2025 menerima usul yang menyarankan agar UMNO memperhalusi bentuk dan hala tuju kerjasama politiknya, termasuk dengan Pakatan Harapan (PH), supaya suara dan prinsip parti tidak terhakis serta terus relevan dengan kehendak ahli dan rakyat.
“Sesetengah perwakilan menekankan bahawa UMNO perlu lebih tegas dan konsisten dalam menangani isu-isu 3R (agama, kaum, dan institusi diraja) yang semakin sensitif. Pendirian ini turut dibawa oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, yang mencerminkan aspirasi tersebut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azhari Yakin PAU 2025 Bawa Gelombang Hala Tuju Kebangkitan UMNO
- UMNO Tidak Pernah Abaikan Agenda Islam dan Melayu – Nurulhidayah
- PAU 2025: Rapatkan Saf, Utamakan Parti – Faiz Hashim
Pemuda UMNO: Antara Perjuangan Dan Pemain Selamat Dalam Barisannya.
“Ahli parti juga menekankan bahawa kekalahan di PRN Sabah perlu dijadikan pengajaran serius. Mesejnya jelas: UMNO tidak boleh terus bergerak dengan pendekatan lama. Parti perlu memperkukuhkan jentera akar umbi, menyusun semula strategi politik, dan membina semula keyakinan ahli serta penyokong,” katanya kepada UMNO Online.
Mengulas lanjut, Izuan menegaskan bahawa penurunan sokongan terhadap UMNO wajar dilihat sebagai isyarat jelas bahawa parti perlu melakukan pembaharuan menyeluruh.

“Hanya melalui langkah pembaharuan menyeluruh, penstrukturan semula, strategi yang jelas, keberanian membuat keputusan, ketegasan prinsip, serta keikhlasan mendengar suara pakar, UMNO berpeluang memulihkan keyakinan dan kembali relevan sebagai parti yang benar-benar memperjuangkan kepentingan orang Melayu serta rakyat keseluruhannya.
“Realitinya, penurunan sokongan terhadap UMNO pada masa ini juga berpunca daripada kekeliruan identiti dan hala tuju parti di mata ahli serta pengundi. Sebahagian akar umbi merasakan UMNO kelihatan tidak konsisten dalam pendirian politik, khususnya apabila terlibat dalam kerjasama kerajaan yang memerlukan banyak kompromi. Akibatnya, mesej perjuangan parti menjadi kabur dan sukar difahami oleh penyokong tradisi.
“Selain itu, jurang antara kepimpinan dan akar umbi semakin melebar. Suara ahli di peringkat bahagian dan cawangan kadangkala dirasakan tidak benar-benar diterjemahkan dalam keputusan parti di peringkat pusat. Keadaan ini menimbulkan rasa kecewa, hilang semangat, dan keletihan politik dalam kalangan ahli setia yang selama ini menjadi tulang belakang kekuatan UMNO,” katanya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kesepakatan dan Semangat Kekeluargaan Asas Kukuh Perjuangan UMNO Kulai
- Program ‘Back To School’ UMNO Seputeh Bantu Ringankan Beban 300 Anak-Anak Setempat
- PRK Kinabatangan Dan Lamag: BN Pilih Anak Muda Teruskan Legasi Bung Moktar – Syed Hussein
Beliau menambah, faktor kepercayaan awam juga tidak boleh dipandang remeh kerana ia memberi kesan besar terhadap parti.
“UMNO masih dilihat bergelut menyesuaikan pendekatan politik dengan realiti generasi baharu yang lebih kritikal, terbuka, dan menuntut ketelusan. Persepsi terhadap kepimpinan serta kegagalan parti menampilkan naratif baharu yang meyakinkan golongan muda dan pengundi atas pagar telah memberi kesan besar terhadap sokongan rakyat.
“Kelemahan dalam penguasaan naratif dan komunikasi politik, terutamanya di media sosial, turut menyebabkan UMNO ketinggalan dalam membentuk persepsi awam,” ujarnya.
“Dalam landskap politik yang pantas dan dipacu oleh sentimen serta persepsi, kegagalan menjawab isu secara tuntas dan konsisten memberi ruang kepada pihak lain untuk mendominasi pandangan rakyat,” tambah beliau. — UMNO Online
Tekankan Pembaharuan, Ketegasan Prinsip Parti Dalam PAU 2025 – Izwan Kamar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Diperangkap Persepsi, Sistem Keadilan Buktikan Ahmad Zahid Tidak Bersalah
- PAU 2025 Penentu Kekuatan Parti Depani Cabaran Politik Semasa
- RISDA Salur 1,630 Tangki Air Kepada Pekebun Kecil di Sabah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.