Semenyo bantu Man City ‘mengamuk’ 10 gol

Semenyo bantu Man City ‘mengamuk’ 10 gol

Semenyo bantu Man City 'mengamuk' 10 gol
PEMAIN Man City meraikan kemenangan besar dalam pusingan ketiga Piala FA. FOTO Website Man City

Manchester: Penyerang Manchester City, Antoine Semenyo mempamerkan impak segera pada penampilan sulung bersama Manchester City apabila penyerang Ghana itu meledak gol ketika kelab baharunya membelasah Exeter 10-1 pada pusingan ketiga Piala FA, malam tadi.

Semenyo menemui sasaran pada babak kedua dalam persembahan tanpa belas kasihan City di Stadium Etihad, manakala pemain tengah yang kerap dibelenggu kecederaan, Rodri turut mencetak nama selaku penjaring buat kali pertama sejak Mei 2024.

Pemain berusia 25 tahun itu menyertai City dari Bournemouth menerusi perpindahan bernilai £65 juta (RM355 juta) kelmarin dan tidak mengambil masa lama untuk menyerlah bersama skuad kendalian Pep Guardiola.

Liverpool, Manchester United dan Tottenham antara kelab yang turut berminat untuk mendapatkan khidmat Semenyo tetapi pemain itu memilih Etihad.

Pemain pertahanan remaja, Max Alleyne membuka tirai jaringan apabila menampan masuk dari jarak dekat untuk gol pertamanya bersama City pada minit ke-12.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAU 2025 Himpun 6,412 Perwakilan, 662 Usul Diterima – SUA


Rodri kemudian kembali menemui sentuhan jaringan pada minit ke-24 menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti selepas percubaan Semenyo dihalang.

Gol sendiri dua pemain Exeter, Jake Doyle-Hayes dan Jack Fitzwater masing-masing pada minit ke-42 dan ke-45, mengesahkan kelebihan besar City sebelum rehat.

City tidak mengendurkan asakan dan Rico Lewis menambah gol keenam menerusi voli hasil hantaran Semenyo pada minit ke-49.

Gol sulung Semenyo bersama City hadir lima minit kemudian apabila dia menyudahkan peluang dengan penamat tenang.

Tijjani Reijnders melengkapkan gol ketujuh menerusi rembatan lencong dari luar kotak penalti pada minit ke-71, sebelum Nico O’Reilly menanduk masuk gol kelapan hasil hantaran lintang Lewis.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemuda UMNO: Antara Perjuangan Dan Pemain Selamat Dalam Barisannya.


Ryan McAidoo yang berusia 17 tahun menjaringkan gol kesembilan dari luar kawasan penalti pada minit ke-86, sebelum George Birch menghadiahkan Exeter sedikit kegembiraan dengan rembatan padu ke penjuru atas gol.

Namun City belum selesai apabila Lewis meledak gol pada masa kecederaan untuk melengkapkan kemenangan 10 gol.

Ia adalah kemenangan terbesar City sejak menewaskan Huddersfield dengan jaringan sama pada tahun 1987, selain kemenangan 9-0 ke atas Burton pada 2019.

Semenyo bantu Man City ‘mengamuk’ 10 gol

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRK Kinabatangan & Lamag: Wanita UMNO Sabah Tekad Bantu Pastikan Kemenangan BN

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker