Se Young tiada tandingan

Se Young tiada tandingan

Se Young tiada tandingan
Pemain perseorangan wanita Korea, An Se Young meraikan kejayaan mengalahkan pemain China, Wang Zhi Yi pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026 di Axiata Arena Bukit Jalil. NSTP/ASWADI ALIAS

Kuala Lumpur: Pemain Korea Selatan, An Se Young terus mengukuhkan cengkamannya sebagai pemain paling sukar digugat di dunia badminton apabila menambah koleksi gelaran kejuaraannya dengan merangkul gelaran ketiga berturut-turut Terbuka Malaysia di Axiata Arena Bukit Jalil, hari ini.

Pemain nombor satu dunia itu membuktikan keunggulannya apabila menewaskan wakil China, Wang Zhi Yi, dalam aksi final menerusi kemenangan straight set 21-15, 24-22 dalam tempoh 56 minit.

Kejayaan itu sekali gus menyaksikan Se-young merakam kemenangan ke-17 ke atas Zhi Yi daripada 21 pertemuan, mengukuhkan penguasaannya ke atas pemain ranking kedua dunia itu di pentas antarabangsa.

Lebih mencuri tumpuan, Se-young mengekalkan rekod sempurna apabila menewaskan Zhi Yi dalam tujuh perlawanan final berturut-turut yang menemukan kedua-dua pemain itu.

Juara Olimpik itu berkata, kunci kejayaannya adalah keyakinan diri terutama ketika berdepan saat genting di dalam perlawanan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAU 2025 Himpun 6,412 Perwakilan, 662 Usul Diterima – SUA


“Saya sentiasa mengingatkan diri sendiri supaya tidak berputus asa. Saya hanya perlu fokus bermain mengikut gaya sendiri,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Dengan kejayaan terbaharu itu, Se-young terus mengukuhkan reputasinya sebagai antara pemain perseorangan wanita terbaik dunia ketika ini.

Musim lalu, dia menjuarai 11 daripada 14 kejohanan Jelajah Dunia yang disertainya, sekali gus menyerlahkan konsistensi luar biasa sepanjang tahun.

Selaku juara Terbuka Malaysia, Se-young membawa pulang hadiah wang tunai AS$101,500 (RM415,490), manakala Zhi Yi menerima AS$49,300 (RM201,809) selaku naib juara.

Mengulas perancangan seterusnya, Se-young memaklumkan fokus utamanya adalah menjaga tahap fizikal, namun tetap berhasrat meneruskan cabaran di Terbuka India selagi keadaan kecergasan mengizinkan.

Se Young tiada tandingan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRK Kinabatangan & Lamag: Wanita UMNO Sabah Tekad Bantu Pastikan Kemenangan BN

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker