PRK Kinabatangan & Lamag: Wanita UMNO Sabah Tekad Bantu Pastikan Kemenangan BN

PRK Kinabatangan & Lamag: Wanita UMNO Sabah Tekad Bantu Pastikan Kemenangan BN

PRK Kinabatangan & Lamag: Wanita UMNO Sabah Tekad Bantu Pastikan Kemenangan BN

​KOTA KINABALU, 10 Jan – Wanita UMNO Sabah menyatakan kesiapsiagaan dan komitmen padu untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan datang.

​Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Noraini Idris menegaskan bahawa seluruh jentera sayap tersebut di semua peringkat telah diarahkan untuk melipatgandakan usaha dan menyusun gerak kerja yang lebih agresif.

Menurut beliau, fokus utama Wanita UMNO adalah untuk menyokong penuh calon BN Parlimen Kinabatangan, Mohd Naim Kurniawan Moktar serta Mohd Ismail Ayob bagi DUN Lamag.

Noraini menjelaskan bahawa strategi kempen akan ditumpukan kepada pendekatan ‘santuni rakyat’ melalui program turun padang yang lebih kerap.

​”Jentera Wanita di peringkat bahagian akan digerakkan ke setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) bersama-sama dengan bahagian angkat yang telah ditetapkan bagi memperkukuh sokongan di akar umbi,” katanya  kepada UMNO-Online.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemuda UMNO: Antara Perjuangan Dan Pemain Selamat Dalam Barisannya.


​Jelas beliau lagi, aktiviti ‘door-to-door’ atau ziarah dari rumah ke rumah akan menjadi nadi utama kempen bagi menyantuni pengundi dan membina hubungan yang lebih akrab dengan masyarakat setempat.

​Mengulas lanjut mengenai pemilihan calon, Noraini menyifatkan gandingan Naim dan Miha sebagai langkah tepat memandangkan Kinabatangan merupakan sebuah kawasan yang amat luas, iaitu hampir separuh daripada keluasan negeri Pahang.

​”Kawasan seluas ini memerlukan pemimpin yang komited dan bertenaga untuk memastikan kesinambungan agenda pembangunan dan kemajuan dapat diteruskan demi kesejahteraan serta keselesaan hidup rakyat,” tambah beliau.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 24 Januari 2026 sebagai tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK), Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag. Manakala tarikh mengundi awal pula akan diadakan pada 20 Januari 2026.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAU 2025: Penentu Hala Tuju UMNO Menjelang PRU16 – Sollehin


PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, pada 5 Disember lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Allahyarham Bung Moktar mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan dengan majoriti 4,330 undi menewaskan pencabar dari Warisan, Mazliwati Abdul Malek. Manakala pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang berlangsung pada 29 November lalu, bekas Pengerusi Barisan Nasional Sabah itu mempertahankan kerusi DUN Lamag selepas menang dengan majoriti tipis 153 undi dalam persaingan enam penjuru. – UMNO Online

PRK Kinabatangan & Lamag: Wanita UMNO Sabah Tekad Bantu Pastikan Kemenangan BN


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAU 2025 Himpun 6,412 Perwakilan, 662 Usul Diterima – SUA

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker