Polis rampas 41 mesin disyaki untuk lombong bitcoin di Teluk Intan
Polis rampas 41 mesin disyaki untuk lombong bitcoin di Teluk Intan

IPOH: Polis merampas 41 unit mesin disyaki digunakan bagi kegiatan melombong bitcoin secara haram, dalam tiga serbuan secara berasingan di sekitar Teluk Intan.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner, Dr Bakri Zainal Abidin, berkata serbuan pertama dijalankan malam tadi, melibatkan rampasan sebanyak 24 unit mesin disyaki digunakan bagi kegiatan melombong bitcoin.
Beliau berkata dua lagi serbuan pada awal pagi tadi pula, membawa kepada rampasan sembilan unit mesin dan lapan unit mesin yang dipercayai digunakan bagi tujuan sama.
“Kesemua rampasan dipercayai berkait dengan kesalahan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990, melibatkan kerosakan serta penyalahgunaan bekalan elektrik,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, Bakri berkata tiada tangkapan dibuat setakat ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu atau sindiket yang terlibat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Diperangkap Persepsi, Sistem Keadilan Buktikan Ahmad Zahid Tidak Bersalah
- PAU 2025 Penentu Kekuatan Parti Depani Cabaran Politik Semasa
- RISDA Salur 1,630 Tangki Air Kepada Pekebun Kecil di Sabah
Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti melombong mata wang kripto secara haram, kerana perbuatan itu merupakan satu kesalahan undang-undang serta boleh mendatangkan risiko keselamatan dan kerugian harta benda.
“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah dinasihatkan untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu siasatan,” katanya. – BERNAMA
Polis rampas 41 mesin disyaki untuk lombong bitcoin di Teluk Intan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tekankan Pembaharuan, Ketegasan Prinsip Parti Dalam PAU 2025 – Izwan Kamar
- Angkat Aspirasi Anak Muda, Dr. Akmal Doakan Kelancaran Kempen BN Di Kinabatangan, Lamag
- PAU: Wanita UMNO Lakukan Persediaan Awal, Alukan Kehadiran Para Perwakilan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRK Kinabatangan & Lamag: Wanita UMNO Sabah Tekad Bantu Pastikan Kemenangan BN
You must be logged in to post a comment.