Penduduk percaya lubang tembus ke Mekah

Penduduk percaya lubang tembus ke Mekah

Penduduk percaya lubang tembus ke Mekah
Tangkap layar video menunjukkan sebuah lubang di Makam Sunan Gunung Jati yang dikatakan boleh menembusi ke Mekah. – TikTok

JAKARTA – Sebuah lubang di Cirebon, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian pengguna media sosial kerana dikatakan boleh menembusi laluan ke kota suci Mekah, lapor portal Berita Satu semalam.

Lubang berdiameter kira-kira 50 sentimeter itu terletak di Makam Sunan Gunung Jati.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @sunarto91683 menunjukkan seorang lelaki sedang memberitahu kepada pengunjung bahawa lubang tersebut mengandungi terowong ke Mekah.

Seorang penduduk, Dedi Oded Aditama Riyadi menyifatkan dakwaan itu sebagai karut kerana tidak memiliki bukti kukuh dalam kajian saintifik atau sejarah.

“Jika lubang itu boleh menembusi ke Mekah, saya fikir ia adalah karut. Kita tidak sepatutnya menyesatkan orang ramai untuk mempercayai perkara yang tidak dapat disahkan,” kata Dedi hari ini.

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.8 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Lubang itu tembus Mekah belah mana?” kata seorang netizen. – AGENSI

Penduduk percaya lubang tembus ke Mekah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRK Kinabatangan & Lamag: Wanita UMNO Sabah Tekad Bantu Pastikan Kemenangan BN

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker