Pelajar Tingkatan 3 maut hari pertama persekolahan
Pelajar Tingkatan 3 maut hari pertama persekolahan

KUALA TERENGGANU: Tanda tanya seorang bapa kenapa anaknya lewat pulang ke rumah selepas mengisi minyak motosikal untuk ke sekolah pada hari pertama sesi 2026 hari ini terjawab apabila dimaklumkan cahaya matanya itu maut dalam kemalangan.
Menurut Noor Hisham Putih, 55, anaknya itu, Noor Hazimi, 15, keluar untuk mengisi petrol motosikalnya di Kampung Makam, Kepong, di sini, kira-kira jam 6.30 pagi.
Ketika keluar, katanya, pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin itu sudah lengkap berpakaian seragam sekolah, tetapi sepatutnya kembali semula ke rumah untuk mengambil adiknya.
Bagaimanapun, pemandu lori itu berkata, anak ketiga daripada empat beradik itu tidak sampai-sampai di rumah dalam tempoh sepatutnya.
“Saya kemudian terima panggilan telefon mengatakan Noor Hazimi terbabit kemalangan lalu terus ke lokasi dan mendapati anak sudah meninggal dunia, manakala motosikal EX5 ditunggangnya terbakar,” jelasnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Diperangkap Persepsi, Sistem Keadilan Buktikan Ahmad Zahid Tidak Bersalah
- PAU 2025 Penentu Kekuatan Parti Depani Cabaran Politik Semasa
- RISDA Salur 1,630 Tangki Air Kepada Pekebun Kecil di Sabah
Dalam nahas kira-kira jam 6.40 pagi itu, Noor Hazimi maut di lokasi kejadian di Kampung Belukar Sukai, Jalan Kepong, selepas motosikal ditunggangnya bertembung Perodua Axia dipandu seorang lelaki dari arah bertentangan yang terbabas ke laluan kanan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor ketika dihubungi, mengesahkan kejadian dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Menurut Noor Hisham, seorang lagi anaknya yang menunggu Noor Hazimi di rumah dan sudah siap berpakaian pakaian seragam sekolah, beberapa kali merungut kerana abangnya lewat balik.
“Kami terkejut apabila dihubungi seorang individu memaklumkan Noor Hazimi terbabit kemalangan dan minta segera ke lokasi kejadian. Tiba di lokasi, saya pada mulanya beranggapan Noor Hazimi turut rentung bersama motosikalnya.
“Bagaimanapun, ada seseorang menunjukkan mayat anak berada di atas bumbung kereta,” katanya menambah arwah yang periang secara tiba-tiba berubah sikap menjadi pendiam sejak malam tadi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azhari Yakin PAU 2025 Bawa Gelombang Hala Tuju Kebangkitan UMNO
- UMNO Tidak Pernah Abaikan Agenda Islam dan Melayu – Nurulhidayah
- PAU 2025: Rapatkan Saf, Utamakan Parti – Faiz Hashim
Pemuda UMNO: Antara Perjuangan Dan Pemain Selamat Dalam Barisannya.
Jenazah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), hari ini.
Terdahulu, Noor Hisham disantuni Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Zainal Abas dan Pengarah Pendidikan negeri, Kamsah@Kamal Mohamed.
Tambahnya, jenazah Noor Hazimi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan di Kampung Pengadang Baru sebaik selesai urusan bedah siasat.
“Akibat kejadian ini, Noor Hasmiera terpaksa tangguh urusan pendaftaran kemasukan ke sekolah hari ini,” katanya.
Tanda tanya seorang bapa kenapa anaknya lewat pulang ke rumah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tekankan Pembaharuan, Ketegasan Prinsip Parti Dalam PAU 2025 – Izwan Kamar
- Angkat Aspirasi Anak Muda, Dr. Akmal Doakan Kelancaran Kempen BN Di Kinabatangan, Lamag
- PAU: Wanita UMNO Lakukan Persediaan Awal, Alukan Kehadiran Para Perwakilan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRK Kinabatangan & Lamag: Wanita UMNO Sabah Tekad Bantu Pastikan Kemenangan BN
You must be logged in to post a comment.