Pejalan kaki maut dirempuh kereta di NKVE
Pejalan kaki maut dirempuh kereta di NKVE

SHAH ALAM:– Seorang pejalan kaki yang tidak dikenal pasti identiti, maut selepas dirempuh sebuah kereta di Kilometer 9.4 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner (ACP) Ramsay Embol berkata, kemalangan pada 11.15 malam itu membabitkan sebuah kereta dipandu seorang lelaki tempatan dan pejalan kaki itu, seorang lelaki dalam lingkungan 50 hingga 60 tahun.
“Kemalangan ini berpunca daripada pejalan kaki yang tiba-tiba melintas jalan dan berada di tengah-tengah lorong kedua paling kanan selepas susur Lebuhraya Utara–Selatan Hubungan Tengah (ELITE) arah dari Klang ke Damansara, sebelum dilanggar kereta yang bergerak terus di laluan itu.
“Kemalangan itu mengakibatkan pejalan kaki terbabit maut di tempat kejadian. Punca kematian kecederaan di bahagian kepala akibat kemalangan kenderaan bermotor,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Ramsay berkata, usaha mengesan identiti mangsa kemalangan masih dijalankan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Diperangkap Persepsi, Sistem Keadilan Buktikan Ahmad Zahid Tidak Bersalah
- PAU 2025 Penentu Kekuatan Parti Depani Cabaran Politik Semasa
- RISDA Salur 1,630 Tangki Air Kepada Pekebun Kecil di Sabah
Beliau turut meminta saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman menerusi talian 019-7757354.
Terdahulu, tular satu rakaman video papan pemuka berdurasi 20 saat di media sosial yang memaparkan seorang lelaki maut dirempuh sebuah kenderaan di atas jalan raya.
Pejalan kaki maut dirempuh kereta di NKVE
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tekankan Pembaharuan, Ketegasan Prinsip Parti Dalam PAU 2025 – Izwan Kamar
- Angkat Aspirasi Anak Muda, Dr. Akmal Doakan Kelancaran Kempen BN Di Kinabatangan, Lamag
- PAU: Wanita UMNO Lakukan Persediaan Awal, Alukan Kehadiran Para Perwakilan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRK Kinabatangan & Lamag: Wanita UMNO Sabah Tekad Bantu Pastikan Kemenangan BN
You must be logged in to post a comment.