Lelaki didakwa miliki bahan letupan tak sah ketika sambutan Deepavali

Lelaki didakwa miliki bahan letupan tak sah ketika sambutan Deepavali

KULIM: Seorang pekerja khidmat pelanggan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan memiliki bahan letupan tidak sah ketika sambutan Deepavali, Oktober tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Kamalraaj C Solamalai, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jamaliah Abd Manap.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki bahan letupan tanpa tujuan yang sah mengikut undang-undang, kira-kira jam 12.30 tengah malam pada 20 Oktober 2025 di Jalan Paya Besar, di sini.

Berikutan itu dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R Lushani, manakala tertuduh diwakili peguam R Parameswaran.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAU 2025 Himpun 6,412 Perwakilan, 662 Usul Diterima – SUA


Pihak pendakwaan memohon agar tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM9,000, namun peguam merayu agar jumlah itu dikurangkan kepada RM4,000.

Mahkamah membenarkan jaminan RM4,200 dan menetapkan 22 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Tertuduh kemudian membayar wang jaminan di kaunter kompleks mahkamah.

Media sebelum ini, melaporkan seramai 22 orang awam cedera termasuk seorang lelaki cedera serius pada dahi dalam insiden letupan akibat pembakaran mercun di Paya Besar ketika malam sambutan Deepavali.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan, berkata kejadian berlaku pada 12.45 tengah malam, 20 Oktober lalu, dan disedari anggota polis yang membuat rondaan pencegahan jenayah yang melihat kesesakan lalu lintas dengan kehadiran orang ramai di tepi jalan Paya Besar.

Lelaki didakwa miliki bahan letupan tak sah ketika sambutan Deepavali


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRK Kinabatangan & Lamag: Wanita UMNO Sabah Tekad Bantu Pastikan Kemenangan BN

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker