Jenayah e-Dagang membimbangkan, jumlah kes naik 82 peratus, nilai kerugian cecah RM129j
Jenayah e-Dagang membimbangkan, jumlah kes naik 82 peratus, nilai kerugian cecah RM129j

KUALA Kuala Lumpur: Kes jenayah e-Dagang menunjukkan peningkatan amat membimbangkan apabila merekodkan RM199 juta nilai kerugian dalam tempoh dua tahun ini.
Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, daripada 7,662 kes pada 2024, jumlah jenayah berkenaan meningkat kepada 13,979 kes pada 2025, iaitu peningkatan sebanyak 82 peratus.
“Selain itu, kerugian akibat jenayah ini juga meningkat sebanyak 83 peratus, daripada RM70 juta pada 2024 kepada RM129 juta pada 2025,” menurut JSJK dalam kenyataan di Facebook, hari ini.
Menurut kenyataan itu, jenayah e-Dagang adalah penipuan urus niaga dalam talian seperti menjual barang palsu atau tidak menghantar barang selepas pembeli membuat pembayaran
“Selain itu, pihak yang menipu sering menawarkan harga murah, menggunakan akaun peribadi dan suka mendesak. Jangan terpedaya dengan penipuan dalam talian, pastikan transaksi anda selamat,” katanya.
Jenayah e-Dagang membimbangkan, jumlah kes naik 82 peratus, nilai kerugian cecah RM129j
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tekankan Pembaharuan, Ketegasan Prinsip Parti Dalam PAU 2025 – Izwan Kamar
- Angkat Aspirasi Anak Muda, Dr. Akmal Doakan Kelancaran Kempen BN Di Kinabatangan, Lamag
- PAU: Wanita UMNO Lakukan Persediaan Awal, Alukan Kehadiran Para Perwakilan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRK Kinabatangan & Lamag: Wanita UMNO Sabah Tekad Bantu Pastikan Kemenangan BN
You must be logged in to post a comment.