Chelsea mara, ‘magis’ Rosenior menjadi
Chelsea mara, ‘magis’ Rosenior menjadi

London: Pengurus baharu Chelsea, Liam Rosenior menikmati permulaan sempurna dalam era kendaliannya apabila The Blues membelasah Charlton 5-1 pada pusingan ketiga Piala FA, awal pagi tadi.
Jorrel Hato menjaringkan gol sulungnya bersama Chelsea pada hujung babak pertama di Stadium The Valley, sebelum Tosin Adarabioyo menggandakan kelebihan pelawat sejurus separuh masa kedua bermula.
Walaupun Miles Leaburn merapatkan jurang buat Charlton, jaringan Marc Guiu, Pedro Neto dan Enzo Fernandez memastikan Rosenior meraih kemenangan sulung ke atas pasukan yang kini menghuni tangga ke-19 Liga Kejuaraan.
Dibawa masuk dari Strasbourg untuk menggantikan Enzo Maresca yang berpisah dengan Chelsea minggu lalu, Rosenior menunaikan hasratnya untuk “terus memecut” dengan menamatkan kemarau lima perlawanan tanpa kemenangan kelab itu.
Pengurus berusia 41 tahun itu bakal berdepan ujian lebih getir pada perlawanan pertama di laman sendiri Rabu ini apabila Chelsea menerima kunjungan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal pada aksi separuh akhir pertama Piala Liga.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Diperangkap Persepsi, Sistem Keadilan Buktikan Ahmad Zahid Tidak Bersalah
- PAU 2025 Penentu Kekuatan Parti Depani Cabaran Politik Semasa
- RISDA Salur 1,630 Tangki Air Kepada Pekebun Kecil di Sabah
Rosenior sebelum ini berdepan dakwaan beliau dipilih sebagai ‘yes-man’ kepada pihak pengurusan Chelsea susulan tempoh penuh kontroversi di bawah kendalian Maresca.
Hakikat Strasbourg berada di bawah kumpulan pemilikan sama dengan Chelsea turut mencetuskan tanggapan Rosenior lebih cenderung menerima pandangan pihak atasan berbanding Maresca.
Berdiri di tepi padang dengan cermin mata, baju leher tinggi dan buku nota di tangan, Rosenior kelihatan lebih seperti pensyarah muda universiti berbanding pengurus EPL.
Namun penampilan boleh mengelirukan apabila Rosenior sebelum ini membina reputasi sebagai jurulatih muda berbakat selepas mengemudi Strasbourg menamatkan saingan liga Perancis di tangga ketujuh musim lalu.
Rosenior menyaksikan kekalahan Chelsea 1-2 kepada Fulham pada Rabu lalu dari tempat duduk penonton ketika pengurus sementara Calum McFarlane mengendali pasukan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azhari Yakin PAU 2025 Bawa Gelombang Hala Tuju Kebangkitan UMNO
- UMNO Tidak Pernah Abaikan Agenda Islam dan Melayu – Nurulhidayah
- PAU 2025: Rapatkan Saf, Utamakan Parti – Faiz Hashim
Pemuda UMNO: Antara Perjuangan Dan Pemain Selamat Dalam Barisannya.
Selepas merayu diberi masa untuk membuktikan dirinya “layak” mengendalikan Chelsea, Rosenior melakukan lapan perubahan pada perlawanan sulungnya dan mengambil risiko dengan mengetepikan penyerang England, Cole Palmer.
Bekas pengurus Hull itu kekal berpegang kepada prinsipnya dengan menurunkan formasi tiga pertahanan, sama seperti pendekatan yang digunakannya bersama Strasbourg.
Chelsea mara, ‘magis’ Rosenior menjadi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tekankan Pembaharuan, Ketegasan Prinsip Parti Dalam PAU 2025 – Izwan Kamar
- Angkat Aspirasi Anak Muda, Dr. Akmal Doakan Kelancaran Kempen BN Di Kinabatangan, Lamag
- PAU: Wanita UMNO Lakukan Persediaan Awal, Alukan Kehadiran Para Perwakilan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRK Kinabatangan & Lamag: Wanita UMNO Sabah Tekad Bantu Pastikan Kemenangan BN
You must be logged in to post a comment.