BAM tingkatkan elaun bulanan buat pemain remaja
BAM tingkatkan elaun bulanan buat pemain remaja

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberi tumpuan khusus kepada pembangunan pemain remaja apabila bersetuju meningkatkan sokongan kebajikan termasuk elaun bulanan daripada sekitar RM400 hingga RM600 kepada RM1,000.
Presidennya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata peningkatan kenaikan elaun berkenaan dijangka bermula pada suku kedua tahun ini.
“Buat masa ini, elaun pemain remaja sekitar RM400 hingga RM600. Kita bersetuju untuk menaikkan sehingga RM1,000 sebulan.
“BAM turut bersetuju menanggung kos tali raket dan kerja pemasangan semula (stringing) pemain remaja yang sebelum ini ditanggung sepenuhnya oleh pemain sendiri dengan anggaran perbelanjaan sekitar RM400,000 setahun,” katanya.
Dalam pada itu, BAM juga mengalu-alukan penyertaan syarikat korporat untuk mengadaptasi pemain remaja sebagai sebahagian inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), melibatkan kira-kira 68 pemain remaja di bawah akademi kebangsaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Diperangkap Persepsi, Sistem Keadilan Buktikan Ahmad Zahid Tidak Bersalah
- PAU 2025 Penentu Kekuatan Parti Depani Cabaran Politik Semasa
- RISDA Salur 1,630 Tangki Air Kepada Pekebun Kecil di Sabah
“Konsep ini terbuka kepada semua penaja dan dilaksanakan secara adil tanpa pemilihan individu. Kita akan tetapkan terma yang sama supaya tiada pemain menerima kelebihan berbeza,” katanya.
Mengulas persiapan kejohanan utama, Tengku Zafrul memaklumkan BAM bersetuju menghantar skuad negara ke kem latihan di Denmark selama hampir dua minggu sebagai persiapan menghadapi Piala Thomas dan Piala Uber.
BAM tingkatkan elaun bulanan buat pemain remaja
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tekankan Pembaharuan, Ketegasan Prinsip Parti Dalam PAU 2025 – Izwan Kamar
- Angkat Aspirasi Anak Muda, Dr. Akmal Doakan Kelancaran Kempen BN Di Kinabatangan, Lamag
- PAU: Wanita UMNO Lakukan Persediaan Awal, Alukan Kehadiran Para Perwakilan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRK Kinabatangan & Lamag: Wanita UMNO Sabah Tekad Bantu Pastikan Kemenangan BN
You must be logged in to post a comment.