Angkat Aspirasi Anak Muda, Dr. Akmal Doakan Kelancaran Kempen BN Di Kinabatangan, Lamag

Angkat Aspirasi Anak Muda, Dr. Akmal Doakan Kelancaran Kempen BN Di Kinabatangan, Lamag

Angkat Aspirasi Anak Muda, Dr. Akmal Doakan Kelancaran Kempen BN Di Kinabatangan, Lamag

KOTA KINABALU, 10 Jan – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Akmal Saleh menaruh harapan tinggi serta berharap agar proses kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan serta DEwan Undangan Negeri (DUN) Lamag berjalan dengan harmoni dan lancar.

​Beliau menegaskan bahawa fokus utama pergerakan itu adalah untuk memastikan kelestarian suara anak muda diangkat ke peringkat tertinggi sekaligus membawa suara rakyat serta masyarakat setempat kelak.

​Menurut beliau, penglibatan dua tokoh muda sebagai calon merupakan bukti komitmen BN terhadap regenerasi kepimpinan iaitu ​Mohd Naim Kurniawan Moktar yang juga Bendahari Pemuda UMNO Malaysia sebagai calon Parlimen Kinabatangan manakala Mohd Ismail Ayob atau Miha calon bagi DUN Lamag.

​”Insya-Allah pembahagian tugas telah dilakukan dengan teliti bagi memastikan momentum kempen tidak terjejas walaupun bertembung dengan jadual Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

​”Fokus utama adalah pemuda di Sabah. Walaupun sebahagian akan menghadiri PAU, jentera telah diatur untuk mula berkampung sepenuhnya di Kinabatangan sejurus selepas perhimpunan tamat pada 19 Januari ini,” jelasnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemuda UMNO: Antara Perjuangan Dan Pemain Selamat Dalam Barisannya.


​Beliau turut menyeru agar semua pihak menjalankan kempen secara sihat menjelang hari pengundian pada 24 Januari depan bagi mengekalkan kemenangan BN di kedua-dua kerusi tersebut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 24 Januari 2026 sebagai tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK), Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag. Manakala tarikh mengundi awal pula akan diadakan pada 20 Januari 2026.

PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, pada 5 Disember lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Allahyarham Bung Moktar mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan dengan majoriti 4,330 undi menewaskan pencabar dari Warisan, Mazliwati Abdul Malek.

Manakala pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang berlangsung pada 29 November lalu, bekas Pengerusi Barisan Nasional Sabah itu mempertahankan kerusi DUN Lamag selepas menang dengan majoriti tipis 153 undi dalam persaingan enam penjuru. – UMNO Online

Angkat Aspirasi Anak Muda, Dr. Akmal Doakan Kelancaran Kempen BN Di Kinabatangan, Lamag

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAU 2025 Himpun 6,412 Perwakilan, 662 Usul Diterima – SUA

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker