4 penumpang bas ekspres, pemandu lori tersepit dalam kemalangan
4 penumpang bas ekspres, pemandu lori tersepit dalam kemalangan

RAWANG: Empat penumpang bas dan pemandu lori tersepit dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dengan lori tiga tan di Kilometer 1.0 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Ipoh ke Rawang, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.24 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Jentera bomba tiba di lokasi pada jam 5.51 pagi dan mendapati kemalangan membabitkan sebuah bas dengan lori.
“Terdapat lima mangsa tersepit, membabitkan empat penumpang bas dan seorang pemandu lori,” katanya dalam kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Diperangkap Persepsi, Sistem Keadilan Buktikan Ahmad Zahid Tidak Bersalah
- PAU 2025 Penentu Kekuatan Parti Depani Cabaran Politik Semasa
- RISDA Salur 1,630 Tangki Air Kepada Pekebun Kecil di Sabah
Bas berkenaan membawa 42 penumpang termasuk dua pemandu, dengan seramai 38 penumpang dapat keluar dengan selamat.
“Empat penumpang bas tersepit, namun tiga daripada mereka berjaya dikeluarkan, manakala seorang lagi masih tersepit ketika ini. Pemandu lori juga sudah dikeluarkan oleh pasukan penyelamat,” katanya.
Ahmad Mukhlis berkata, operasi menyelamat masih diteruskan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam bas menggunakan peralatan khas.
4 penumpang bas ekspres, pemandu lori tersepit dalam kemalangan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tekankan Pembaharuan, Ketegasan Prinsip Parti Dalam PAU 2025 – Izwan Kamar
- Angkat Aspirasi Anak Muda, Dr. Akmal Doakan Kelancaran Kempen BN Di Kinabatangan, Lamag
- PAU: Wanita UMNO Lakukan Persediaan Awal, Alukan Kehadiran Para Perwakilan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRK Kinabatangan & Lamag: Wanita UMNO Sabah Tekad Bantu Pastikan Kemenangan BN
You must be logged in to post a comment.