RISDA Salur 1,630 Tangki Air Kepada Pekebun Kecil di Sabah
RISDA Salur 1,630 Tangki Air Kepada Pekebun Kecil di Sabah

KINABATANGAN, 9 Jan – Lembaga Kemajuan Perusahaan Getah (RISDA) melalui Yayasan RISDA terus komited menyantuni kebajikan pekebun kecil getah apabila menyalurkan sebanyak 1,630 unit tong tangki air kepada masyarakat di seluruh negeri Sabah, termasuk 240 unit bagi Parlimen Kinabatangan.
Pengerusinya, Manndzri Nasib yang juga Ahli Parlimen Tenggra berkata, inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Yayasan RISDA yang bertujuan meringankan beban pekebun kecil, khususnya mereka yang berdepan kekangan bekalan air dan kos sara hidup.
Menurut beliau, program ziarah pekebun kecil yang diadakan di Kampung Bilit itu turut menyampaikan hasrat Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), agar RISDA terus mendekati dan membantu golongan sasar di peringkat akar umbi.
“Alhamdulillah, pagi ini kami berkesempatan menziarahi pekebun kecil getah di sini serta menyerahkan bantuan bakul makanan dan tangki air biru kepada mereka yang amat memerlukan. Diharapkan usaha kecil ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kesepakatan dan Semangat Kekeluargaan Asas Kukuh Perjuangan UMNO Kulai
- Program ‘Back To School’ UMNO Seputeh Bantu Ringankan Beban 300 Anak-Anak Setempat
- PRK Kinabatangan Dan Lamag: BN Pilih Anak Muda Teruskan Legasi Bung Moktar – Syed Hussein
Program berkenaan turut dihadiri Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan, Naim Kurniawan Moktar, serta Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Musliati Moslimin.
Manndzri menegaskan bahawa menjadi keutamaan Kerajaan untuk memastikan kebajikan pekebun kecil getah sentiasa terbela melalui bantuan bersasar dan berterusan.

“Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan RISDA dan kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar, khususnya pekebun kecil getah di seluruh negara,” katanya.
Beliau juga berharap sumbangan tersebut dapat meringankan beban rakyat serta memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dan komuniti setempat. – UMNO Online
RISDA Salur 1,630 Tangki Air Kepada Pekebun Kecil di Sabah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azhari Yakin PAU 2025 Bawa Gelombang Hala Tuju Kebangkitan UMNO
- UMNO Tidak Pernah Abaikan Agenda Islam dan Melayu – Nurulhidayah
- PAU 2025: Rapatkan Saf, Utamakan Parti – Faiz Hashim
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda UMNO: Antara Perjuangan Dan Pemain Selamat Dalam Barisannya.
You must be logged in to post a comment.