Ribut Goretti badai Eropah, bawa angin 160 kilometer sejam
Ribut Goretti badai Eropah, bawa angin 160 kilometer sejam

LONDON – Angin kencang, salji dan suhu beku melanda Benua Eropah dengan ketibaan Ribut Goretti kelmarin, mendorong agensi meteorologi dari Britain hingga ke Jerman untuk mengeluarkan amaran cuaca buruk.
Pejabat Meteorologi Britain mengeluarkan amaran angin merah iaitu tahap amaran tertinggi untuk Kepulauan Scilly dan Cornwall di barat daya England antara pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi (waktu Malaysia).
“Angin yang luar biasa kuat mencapai kelajuan 160 kilometer sejam dijangka berlaku,” kata agensi berkenaan sambil menambah, ombak sangat besar mendatangkan bahaya di kawasan pantai.
Ia juga mengeluarkan amaran salji tebal di Wales, tengah England dan bahagian utara England dengan meramalkan salji sehingga 30 sentimeter turun di beberapa kawasan.
Jabatan Kereta Api United Kingdom menyatakan, perkhidmatan tren akan terjejas sepanjang dua hari akan datang dan meminta orang ramai mengelak daripada melakukan perjalanan tidak perlu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azhari Yakin PAU 2025 Bawa Gelombang Hala Tuju Kebangkitan UMNO
- UMNO Tidak Pernah Abaikan Agenda Islam dan Melayu – Nurulhidayah
- PAU 2025: Rapatkan Saf, Utamakan Parti – Faiz Hashim
Pemuda UMNO: Antara Perjuangan Dan Pemain Selamat Dalam Barisannya.
Di Perancis, pihak berkuasa bersiap sedia untuk menghadapi Ribut Goretti dengan sekolah di negara itu ditutup semalam, manakala amaran cuaca buruk dikeluarkan di 30 wilayah di barat laut negara itu.
“Cari perlindungan dan jangan gunakan kenderaan anda,” demikian menurut amaran di wilayah Manche di X yang turut menggesa penduduk menyediakan lampu kecemasan dan bekalan air minuman.
Cuaca ekstrem di Eropah menyebabkan sekurang-kurangnya lapan kematian setakat ini.
Di Jerman pula , salji tebal dan angin kencang dijangka menjejaskan sekolah, hospital dan rangkaian pengangkutan.
Salji setebal 15 sentimeter diramal melanda utara Jerman, manakala cuaca berais dijangka berlaku di selatan negara itu, Perkhidmatan Cuaca Jerman (DWD).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kesepakatan dan Semangat Kekeluargaan Asas Kukuh Perjuangan UMNO Kulai
- Program ‘Back To School’ UMNO Seputeh Bantu Ringankan Beban 300 Anak-Anak Setempat
- PRK Kinabatangan Dan Lamag: BN Pilih Anak Muda Teruskan Legasi Bung Moktar – Syed Hussein
Suhu hujung minggu ini boleh menjunam serendah -20 Celsius di kawasan tertentu, kata ahli meteorologi DWD, Andreas Walter. – AFP
Ribut Goretti badai Eropah, bawa angin 160 kilometer sejam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Diperangkap Persepsi, Sistem Keadilan Buktikan Ahmad Zahid Tidak Bersalah
- PAU 2025 Penentu Kekuatan Parti Depani Cabaran Politik Semasa
- RISDA Salur 1,630 Tangki Air Kepada Pekebun Kecil di Sabah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAU 2025 Himpun 6,412 Perwakilan, 662 Usul Diterima – SUA
You must be logged in to post a comment.