Regragui minta Maghribi tenang saja
Regragui minta Maghribi tenang saja

Rabat: Pengendali Maghribi, Walid Regragui menggesa pasukannya agar kekal merendah diri dan fokus setiap perlawanan walaupun berjaya melakar pencapaian bersejarah mara ke separuh akhir Piala Negara Negara Afrika (AFCON), awal pagi tadi.
Regragui menegaskan pasukan tuan rumah masih belum mencapai apa apa kejayaan walaupun menewaskan Cameroon 2-0 dalam aksi suku akhir di Stadium Prince Moulay Abdellah, Rabat.
“Kami perlu terus fokus satu perlawanan demi satu perlawanan. Kami belum mencapai apa apa lagi,” katanya selepas perlawanan.
Gol Maghribi dijaringkan oleh Brahim Diaz pada minit ke-26 sebelum Ismael Saibari mengesahkan kemenangan menerusi jaringan selepas rehat, sekali gus menamatkan cabaran juara lima kali itu.
Sebagai pasukan separuh akhir Piala Dunia 2022, Maghribi mempamerkan aksi bertenaga sejak awal perlawanan dengan tekanan tinggi yang menyukarkan Cameroon untuk bangkit selepas ketinggalan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kesepakatan dan Semangat Kekeluargaan Asas Kukuh Perjuangan UMNO Kulai
- Program ‘Back To School’ UMNO Seputeh Bantu Ringankan Beban 300 Anak-Anak Setempat
- PRK Kinabatangan Dan Lamag: BN Pilih Anak Muda Teruskan Legasi Bung Moktar – Syed Hussein
“Ia mungkin persembahan separuh masa pertama terbaik kami sejak Piala Dunia, dengan intensiti dan tekanan yang sangat baik. Kami layak menang walaupun perlawanan sedikit seimbang pada babak kedua,” katanya.
Kemenangan itu menyaksikan Maghribi mara ke separuh akhir AFCON buat kali pertama sejak 2004, ketika mereka tewas kepada Tunisia di pentas final, dengan Regragui sendiri berada dalam skuad ketika itu.
“Ia satu pencapaian bersejarah. Rakyat Maghribi tidak menyaksikan pasukan mereka mara ke separuh akhir AFCON selama 22 tahun.
“Penyokong layak meraikan kejayaan ini, tetapi kami perlu kekal berpijak di bumi nyata dan cuba mencipta sejarah yang lebih besar,” katanya.
Dalam pada itu, Regragui turut memuji peranan penting Brahim yang kini meledak lima gol dalam lima perlawanan setakat kejohanan ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kesepakatan dan Semangat Kekeluargaan Asas Kukuh Perjuangan UMNO Kulai
- Program ‘Back To School’ UMNO Seputeh Bantu Ringankan Beban 300 Anak-Anak Setempat
- PRK Kinabatangan Dan Lamag: BN Pilih Anak Muda Teruskan Legasi Bung Moktar – Syed Hussein
“Dia adalah kunci pasukan ini. Dia luar biasa, menjaringkan gol dalam setiap perlawanan dan malam ini dia memberi mesej jelas kepada rakan sepasukan dengan usaha serta pengorbanannya,” katanya.
Sementara itu, Cameroon kendalian David Pagou yang baru dilantik menjelang kejohanan ini, pulang dengan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya.
“Kami berpuas hati kerana pemain memberikan emosi dan kegembiraan kepada rakyat Cameroon. Itulah matlamat kami.
“Kami mahu melangkah sejauh mungkin dan pasukan ini sedang berkembang. Ramai rakyat Cameroon boleh berbangga dan sebagai jurulatih, saya membawa pulang banyak perkara positif daripada kempen ini,” katanya.
Regragui minta Maghribi tenang saja
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Diperangkap Persepsi, Sistem Keadilan Buktikan Ahmad Zahid Tidak Bersalah
- PAU 2025 Penentu Kekuatan Parti Depani Cabaran Politik Semasa
- RISDA Salur 1,630 Tangki Air Kepada Pekebun Kecil di Sabah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.