PAU 2025 Himpun 6,412 Perwakilan, 662 Usul Diterima – SUA

PAU 2025 Himpun 6,412 Perwakilan, 662 Usul Diterima – SUA

PAU 2025 Himpun 6,412 Perwakilan, 662 Usul Diterima – SUA

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 akan dihadiri seramai 6,412 orang perwakilan dari seluruh negara yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, bermula 14 hingga 17 Januari ini.

Menurut beliau sebanyak 662 usul diterima antaranya membabitkan konteks politik, agama, pendidikan dan ekonomi.

“Alhamdulillah, setakat hari ini jumlah perwakilan yang sudahpun daftar untuk ke PAU 2025 adalah seramai 6,412 orang. Ini termasuklah di Perhimpunan Agung UMNO 2,928, PAU Wanita 1,165 orang, PAU Pemuda UMNO 1,173 orang dan PAU Pergerakan Puteri UMNO 1,146 orang.

“Antara usul yang paling banyak yang dihantar oleh bahagian-bahagian, iaitu sebanyak 104 bahagian adalah menuntut keadilan dan pengampunan penuh untuk Datuk Seri Najib Razak.

“Dalam konteks pendidikan pula, 56 bahagian mahu kerajaan memperluas dan melaksanakan program TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) secara menyeluruh kepada golongan muda dengan menambahkan lagi kolej-kolej komuniti dan juga memperluaskan kurikulum TVET.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAU 2025: Penentu Hala Tuju UMNO Menjelang PRU16 – Sollehin


“PAU akan mengumpulkan 19 jurucakap termasuk jurucakap daripada negeri-negeri, wakil Wanita, wakil Pergerakan Pemuda, wakil Pergerakan Puteri, wakil Kelab UMNO Luar Negara, wakil UMNO Siswa, wakil Veteran UMNO,” katanya ketika sidang media yang diadakan di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Dr Asyraf juga dalam pada itu memaklumkan bahawa persidangan PAU kali ini hanya akan melibatkan keluarga UMNO dan seperti kelazimannya akan menjemput pemimpin tertinggi parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dan Friends of BN.

PAU 2025 Himpun 6,412 Perwakilan, 662 Usul Diterima – SUA

Katanya lagi, PAU 2025 pada kali ini juga seperti kebiasaan akan diserikan dengan karnival jualan yang akan dibuka kepada orang ramai bermula seawal 13 Januari.

“Kita mengalu-alukan orang ramai untuk hadir dan datang ke reruai seperti biasa antara yang ditunggu-tunggu juga oleh masyarakat awam.

“Ditambah lagi kita ada program khas reruai di kalangan usahawan-usahawan MARA (Majlis Amanah Rakyat) yang akan memfokuskan kepada ‘Women in Halal’ yang diketuai oleh Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Tidak Perlu Skeptikal Perjuang Agama, Bangsa Dan Negara


Sementara itu Dr Asyraf turut memaklumkan bahawa setakat hari ini seramai 366 orang media daripada agensi tempatan dan antarabangsa telah mendaftar dan akan ditempatkan di Bilik Melur sepanjang berlangsungnya persidangan.

Pada perkembangan berlainan, beliau turut menjawab persoalan media berhubung perbezaan pandangan dalam kalangan pemimpin parti.

Katanya, perbezaan pandangan dalam parti adalah perkara biasa dan sebahagian daripada tradisi berorganisasi.

“Saya sebagai Setiausaha Agung parti tidak berpandukan sosial media atau cakap-cakap yang berlegar. Saya hanya berpandukan kepada surat rasmi sahaja.

“Tetapi kalau tanya saya sebagai pandangan peribadi perbezaan pandangan itu biasa. Saya dahulu pernah jadi Ketua Pemuda, pandangan saya tidak diterima oleh semua dari Majlis Kerja Tertinggi pada suatu ketika

“Namun itu juga tidak menyebabkan kita harus mengundur diri ataupun lemah semangat kerana itu biasa di dalam tradisi berorganisasi kadangkala pandangan kita itu diterima, kadangkala pandangan itu tidak diterima,” ujar beliau. – UMNO Online

PAU 2025 Himpun 6,412 Perwakilan, 662 Usul Diterima – SUA

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pemuda UMNO: Antara Perjuangan Dan Pemain Selamat Dalam Barisannya.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker