Ndiaye pastikan Senegal ke separuh akhir AFCON
Ndiaye pastikan Senegal ke separuh akhir AFCON

Tangier (Maghribi): Iliman Ndiaye menjadi wira Senegal apabila menjaringkan satu-satunya gol untuk menewaskan 10 pemain Mali 1-0 dalam suku akhir Piala Negara Afrika (AFCON) di Tangier, semalam, sekaligus membawa Senegal ke separuh akhir buat kali ketiga dalam empat edisi terakhir.
Gol Ndiaye hadir pada minit ke-27 hasil kesilapan penjaga gol Mali, Djigui Diarra, yang gagal menahan bola daripada meluncur ke bawah badannya. Ndiaye pantas menyambar peluang itu dan menamatkan gerakan daripada hantaran Krepin Diatta.
Mali terpaksa bermain dengan 10 pemain sejak separuh masa kedua apabila kapten mereka, Yves Bissouma, dilayangkan kad merah kedua selepas melakukan kesalahan pada Idrissa Gana Gueye. Dalam perlawanan sebelum ini menentang Tunisia, Mali juga hampir separuh masa bermain 10 orang tetapi berjaya mara menerusi penalti.
Penjaga gol Mali, Diarra, walaupun melakukan kesilapan awal, menebusnya dengan beberapa aksi penyelamatan cemerlang pada separuh masa kedua bagi mengekang Senegal daripada menambah jaringan. Senegal pula kekal dominan namun gagal menembusi benteng Mali yang masih berjuang sehingga wisel penamat.
“Ini bukan perlawanan mudah kerana kami bertemu pasukan Mali yang berbakat. Jika lebih klinikal, kami mungkin menjaringkan lebih banyak gol, tapi yang penting kami mara ke separuh akhir,” kata jurulatih Senegal, Pape Bouna Thiaw.
Jurulatih Mali, Tom Saintfiet, memuji semangat juang anak buahnya walaupun berdepan dengan cabaran hebat lawan.
“Ia perlawanan sukar kerana bermain sebahagian besar dengan 10 orang, tapi pemain saya berjuang dengan gagah dan bermain dengan baik,” katanya.
Ndiaye pastikan Senegal ke separuh akhir AFCON
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Diperangkap Persepsi, Sistem Keadilan Buktikan Ahmad Zahid Tidak Bersalah
- PAU 2025 Penentu Kekuatan Parti Depani Cabaran Politik Semasa
- RISDA Salur 1,630 Tangki Air Kepada Pekebun Kecil di Sabah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAU 2025 Himpun 6,412 Perwakilan, 662 Usul Diterima – SUA
You must be logged in to post a comment.