Mexico City jadi pentas bersejarah Formula E capai perlumbaan ke-150

Mexico City jadi pentas bersejarah Formula E capai perlumbaan ke-150

Mexico City jadi pentas bersejarah Formula E capai perlumbaan ke-150
Dan Ticktum dari ERT Formula E.

Mexico City: Keghairahan peminat sukan permotoran di Mexico City terus mengangkat status bandar itu sebagai venue penanda aras Formula E apabila kejuaraan berkuasa elektrik itu bersedia meraikan perlumbaan ke-150 esok.

Pengasas bersama Formula E, Alberto Longo menyifatkan hampir sedekad penganjuran perlumbaan di Autodromo Hermanos Rodriguez sebagai bukti pelaburan jangka panjang kejuaraan itu di Mexico membuahkan hasil besar.

Menurut Longo, litar ikonik itu berkembang menjadi ‘barometer kejayaan’ Formula E, selepas menjadi destinasi tahunan kecuali pada 2021 apabila perlumbaan dipindahkan ke Puebla akibat pandemik.

“Mexico memberi kami segalanya. Ia membuktikan acara yang dipenuhi semangat mampu merentasi sempadan dan skrin televisyen,” katanya kepada media.

Longo turut mengakui Mexico City kini terasa seperti rumah sendiri buat Formula E, apatah lagi melihat pertumbuhan luar biasa acara itu sejak penganjuran sulung pada musim kedua kejuaraan berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemuda UMNO: Antara Perjuangan Dan Pemain Selamat Dalam Barisannya.


“Ia kini menjadi antara perlumbaan paling penting dalam kalendar, terutama selepas pandemik,” katanya.

Beliau turut mengaitkan kebangkitan minat sukan permotoran di Mexico dengan impak besar pelumba Formula Satu, Sergio ‘Checo’ Perez yang kembali mewarnai litar musim ini sebagai pemandu Cadillac.

“Kehadiran pelumba Mexico di kelas utama jelas memberi manfaat kepada semua yang datang berlumba di negara ini,” katanya.

Menariknya, kepentingan Mexico City bukan sekadar pada sokongan peminat, malah turut membawa signifikan besar dari sudut kejuaraan apabila tiga pemenang terakhir di venue itu akhirnya muncul juara dunia pada musim sama.

Juara bertahan, Oliver Rowland yang menjuarai perlumbaan Mexico City tahun lalu, mengakui perlumbaan itu mempunyai nilai istimewa dalam kariernya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAU 2025: Penentu Hala Tuju UMNO Menjelang PRU16 – Sollehin


“Atmosfera di sini sentiasa luar biasa. Kemenangan saya pada 2025 adalah antara yang terbaik sepanjang karier dengan sokongan peminat yang begitu mengagumkan,” katanya.

Pelumba Nissan itu turut menyifatkan perlumbaan di Mexico sebagai antara acara terbaik dalam kalendar Formula E, sambil menyatakan tiada tekanan sebaliknya teruja untuk merasai sokongan peminat tempatan.

Rowland kini ketinggalan enam mata di belakang pendahulu kejuaraan, Jake Dennis yang turut pernah menjuarai perlumbaan Mexico City pada 2023 sebelum bergelar juara dunia musim itu.

Dennis dari pasukan Andretti mendahului carta kejuaraan dengan 25 mata selepas memenangi perlumbaan pembukaan musim di Sao Paulo bulan lalu.

Tatkala Formula E melangkah ke perlumbaan ke-150, Mexico City kekal sebagai simbol kejayaan strategi jangka panjang kejuaraan itu dalam membina hubungan erat dengan pasaran yang sarat dengan semangat dan sokongan peminat.

Mexico City jadi pentas bersejarah Formula E capai perlumbaan ke-150


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAU 2025 Himpun 6,412 Perwakilan, 662 Usul Diterima – SUA

 



Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker