Lelaki ceraikan isteri semasa ‘live’ di TikTok

Lelaki ceraikan isteri semasa ‘live’ di TikTok

Lelaki ceraikan isteri semasa ‘live’ di TikTok
Tangkap layar video menunjukkan si suami melafazkan cerai semasa membuat siaran langsung di TikTok. – TikTok

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila melafazkan cerai ke atas isterinya ketika mengadakan siaran langsung di platform TikTok, lapor portal berita Lambe Turah.

Rakaman video dikongsi di platform sama oleh akaun @feedgramindo menunjukkan lelaki terbabit sedang mengadakan  siaran langsung yang disertai beberapa pempengaruh media sosial.

Dia kemudian mengalihkan kamera ke arah isterinya lalu melafazkan cerai, menyebabkan orang ramai terkejut.

Wanita itu hanya berdiri dan mendiamkan diri.

Rakaman itu mencatatkan lebih 245,900 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Kesian isterinya,” kata seorang netizen.

“Dia (lelaki berkenaan) kata tidak mampu melihat isterinya, kenapa tidak dipulangkan kepada keluarganya?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Lelaki ceraikan isteri semasa ‘live’ di TikTok

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAU 2025 Himpun 6,412 Perwakilan, 662 Usul Diterima – SUA

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker