Kamal Adli Pilu Tak Dapat Jumpa Hawra

“Sia-Sia Turun KL Ni..”

Kamal Adli Pilu Tak Dapat Jumpa Hawra

Kamal Adli Pilu Tak Dapat Jumpa Hawra

Pelakon, Kamal Adli meluahkan rasa pilu apabila rancangannya untuk menghabiskan masa bersama anak perempuannya, Hawra tidak menjadi kenyataan.

“Tak Dapat Dating Dengan Hawra..”

Kongsi Kamal Adli atau Ahmad Kamal Ahmad Adli menerusi hantaran di Threads menyifatkan kehadirannya ke Kuala Lumpur hanyalah sia-sia apabila tidak dapat bertemu dengan Hawra Uqaira.

“Plan tak berjaya. Tak dapat dating dengan Hawra. Sia-sia turun KL ni.”-tulis Kamal Adli di Threads

Mohon Maaf Kepada Peminat

Dalam pada itu, pelakon drama Bahagia Yang Tertangguh ini turut memohon maaf kepada peminat kerana tidak dapat berkongsi foto bersama anak perempuannya itu.

“Sorry rakyat, tak ada gambar boleh di update.”-tulis Kamal lagi

Kamal Adli Pilu Tak Dapat Jumpa Hawra

Dihujani Kata-Kata Semangat

Kamal Adli Pilu Tak Dapat Jumpa Hawra

Di ruangan komen, rata-rata peminat dilihat memberikan kata-kata semangat buat Kamal, malah ramai yang mendoakan agar segala urusannya baik-baik sahaja kelak.

“Sabar B, B wali Hawra dan tak kan kemana!.”

“Positif betul komen-komen semua. Aku kalau bab anak terpisah macam ni, kurang sabar. Baran betul. Kenapa ayah nak jumpa darah daging sendiri kemain payah. Umur-umur macam Hawra ni kalau ayah balik kerja, anak-anak tengah mengejar dekat depan pintu rumah.”

“Please la kalau gaduh suami isteri jangan sampai libatkan anak dalam ego dan permasalahan orang dewasa. Beri kesan pada anak tu nanti.”

“Tidak mengapa bukan kali ini papa Hawra, kerana Allah dah aturkan waktu lain yang mungkin nanti papa Hawra akan tersenyum sampai mata! Sabar ya, macam biasa yang baik-baik sahaja buat kamu, Uqasha, dan Hawra.”

Nama Kamal Adli dan Uqasha Senrose menjadi bualan ramai selepas Uqasha memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 1 Oktober lalu.

“Ini Tentang Aku Tak Tahu Aku Dah Dinikah Awal..”-Uqasha Senrose

Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.

Kamal Adli Pilu Tak Dapat Jumpa Hawra

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAU 2025 Himpun 6,412 Perwakilan, 662 Usul Diterima – SUA

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker