Gol tunggal Hidalgo selamatkan JDT

Gol tunggal Hidalgo selamatkan JDT

Gol tunggal Hidalgo selamatkan JDT
JOVAN Motika (tengah) cuba melepaskan diri dari kawalan pemain JDT dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini. FOTO Ihsan NSFC

Seremban: Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan cengkamannya di persada Liga Super selepas menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC),1-0, dalam aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.

Skuad Harimau Selatan yang diberikan tentangan sengit oleh anak buah Nidzam Jamil, terpaksa menunggu sehingga ke minit ke-97, untuk mendapatkan jaringan gol.

Dari peringkat awal permainan, JDT sukar untuk menembusi benteng Negeri Sembilan yang dikawal dengan baik gandingan Harith Samsuri, Ahmad Khuzaimi Piee dan pemain import baharu dari Jepun, Kei Oshiro.

Skuad Hobin Jang Hobin yang tampil dengan persembahan agresif bagi mengimbangi kekuatan JDT, mendapat peluang terbaik menerusi dua sepakan bola mati dari luar kawasan penalti pada minit keenam dan kelapan.

Bagaimanapun kedua-dua peluang itu yang diambil Jovan Motika gagal menewaskan penjaga gol JDT, Ahmad Syihan Hazmi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemuda UMNO: Antara Perjuangan Dan Pemain Selamat Dalam Barisannya.


JDT kemudian dilihat terus bertindak agresif dengan melakukan serangan dari setiap penjuru ke kawasan gol Negeri Sembilan hingga membuatkan bahagian pertahanan tuan rumah terpaksa bekerja keras mengekang asakan itu terutama menerusi Bergson Da Silva dari sebelah kiri dan Oscar Aribas dari sebelah kanan.

Pada minit ke-25, Ager Barrutia melakukan percubaan dari jarak kira kira 25 meter bagaimanapun bola tepat ke dakapan penjaga gol Negeri Sembilan, Muhammad Azri Ghani.

Kedua-dua pasukan saling melakukan serangan dan melakukan percubaan ke arah pintu gol lawan masing-masing namun tiada jaringan yang terhasil, sekali gus mengikat kedudukan seri tanpa jaringan pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, JDT memberikan tekanan lebih hebat terhadap Negeri Sembilan dalam usaha mereka mendapatkan jaringan gol.

Pada minit ke-60, percubaan tepat Bergson dari dalam kotak penalti bagaimanapun tidak cukup kuat untuk menewaskan Azri.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAU 2025: Penentu Hala Tuju UMNO Menjelang PRU16 – Sollehin


Tempoh 10 minit terakhir perlawanan dilihat begitu getir buat Negeri Sembilan apabila terpaksa bertahan susulan serangan bertali arus barisan depan JDT.

Ketika perlawanan dilihat berakhir dengan keputusan seri, namun berubah pada detik terakhir apabila pemain gantian Federico Hidalgo menanduk masuk bola hantaran silang untuk gol kemenangan JDT pada minit ke-97 (masa tambahan) sekali gus mengakhiri perlawanan dengan kemenangan milik JDT.

Gol tunggal Hidalgo selamatkan JDT

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAU 2025 Himpun 6,412 Perwakilan, 662 Usul Diterima – SUA

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker