Ceti haram ganggu keluarga, anak berhutang hilang lebih dua tahun
Ceti haram ganggu keluarga, anak berhutang hilang lebih dua tahun

JOHOR BAHRU: “Sudah lebih dua tahun dia ghaib dari keluarga, tiba-tiba kami terima panggilan daripada ceti haram yang mahu menuntut hutang,” katanya seorang ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Siah, 44.
Siah berkata, dia tidak menyangka anak lelaki berusia 27 tahun itu menimbulkan pelbagai kesulitan kepada keluarga, bukan saja berhutang malah kini mendedahkan maklumat keluarga kepada ceti haram.
Beliau berkata, keluarganya kini menjadi sasaran ceti haram yang membuat pelbagai ugutan sejak Disember lalu.
Katanya, ceti haram itu mula mengganggunya, anak-anak serta adik iparnya, termasuk mengancam menyimbah cat merah dan membakar rumah yang didiaminya.
“Sebenarnya saya pun tidak tahu anak saya berhutang dengan ceti haram kerana kami sudah lama tidak berhubung dengan dia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azhari Yakin PAU 2025 Bawa Gelombang Hala Tuju Kebangkitan UMNO
- UMNO Tidak Pernah Abaikan Agenda Islam dan Melayu – Nurulhidayah
- PAU 2025: Rapatkan Saf, Utamakan Parti – Faiz Hashim
https://mykmu.net/2026/01/08/pemuda-umno-antara-perjuangan-dan-pemain-selamat-dalam-barisannya/_
“Hampir setiap hari ceti haram datang minta duit, adakalanya tuntut RM3,000, esoknya minta lagi RM5,000 dan saya juga terkejut bila ceti haram itu menyimpan segala maklumat lengkap ahli keluarga.
Hadir sama dalam sidang media itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Andrew Chen Kah Eng.
Siah berkata, dia juga sudah membuat laporan polis berhubung perkara terbabit kerana bimbangkan keselamatan dirinya serta keluarga.
“Kami difahamkan sehingga sekarang dia tidak membuat sebarang pembayaran kepada ceti haram berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kesepakatan dan Semangat Kekeluargaan Asas Kukuh Perjuangan UMNO Kulai
- Program ‘Back To School’ UMNO Seputeh Bantu Ringankan Beban 300 Anak-Anak Setempat
- PRK Kinabatangan Dan Lamag: BN Pilih Anak Muda Teruskan Legasi Bung Moktar – Syed Hussein
“Saya juga berharap agar mereka tidak lagi mengganggu saya serta keluarga lagi,” katanya.
Sementara itu, Andrew berkata, kes seumpama itu wajar dilaporkan kepada pihak polis dan agensi berkaitan kerana sindiket ceti haram dilihat memiliki rangkaian teratur serta akses kepada maklumat peribadi mangsa.
“Bagi kes seperti ini, sukar untuk kita mengesan mereka, hanya dapat berhubung menerusi telefon saja.
“Lebih buruk, ahli keluarga yang tidak bersalah turut berdepan masalah kerana turut menerima ugutan daripada ceti haram.
“Oleh itu, kita meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi penjelasan bagaimana sindiket ini dengan mudah memperoleh data maklumat peribadi keluarga mangsa,” katanya.
Ceti haram ganggu keluarga, anak berhutang hilang lebih dua tahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Diperangkap Persepsi, Sistem Keadilan Buktikan Ahmad Zahid Tidak Bersalah
- PAU 2025 Penentu Kekuatan Parti Depani Cabaran Politik Semasa
- RISDA Salur 1,630 Tangki Air Kepada Pekebun Kecil di Sabah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.