Ameera Khan Didakwa Rapat Dengan Kerabat Diraja Pahang?
Rantai Di IG Jadi ‘Clue’,
Ameera Khan Didakwa Rapat Dengan Kerabat Diraja Pahang?

Nama pempengaruh fesyen-kecantikan, Ameera Khan sekali lagi menjadi perbualan ramai. Kali ini bukan kerana hubungannya dan pelakon Indonesia, Jefri Nichol telah berakhir, tetapi kerana dakwaan bahawa dia sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang ahli kerabat diraja Pahang.
Berdasarkan pemerhatian MURAI, dakwaan itu muncul selepas Ameera, yang aktif berkongsi perihal kehidupannya di platform Instagram, telah memuat naik beberapa foto percutiannya di Dubai bersama seorang lelaki misteri yang tidak diketahui identitinya.

Namun apa yang mencuri perhatian pengguna media sosial adalah, salah satu foto Ameera memaparkan sebahagian badan lelaki terbabit yang mengenakan jaket Miu Miu dan juga rantai leher. Pengguna media sosial mendakwa aksesori itu mirip seperti milik ahli kerabat diraja Pahang yang dikenali sebagai Tengku Abu Bakar Ahmad bin Tengku Abdullah.

Manakala di platform Threads pula, ramai pengguna media sosial mula mengaitkan pelbagai petunjuk termasuklah aksesori Tengku Abu Bakar di akaun Instagram miliknya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azhari Yakin PAU 2025 Bawa Gelombang Hala Tuju Kebangkitan UMNO
- UMNO Tidak Pernah Abaikan Agenda Islam dan Melayu – Nurulhidayah
- PAU 2025: Rapatkan Saf, Utamakan Parti – Faiz Hashim
Pemuda UMNO: Antara Perjuangan Dan Pemain Selamat Dalam Barisannya.
“LMK (Little Miss Khan) memang dengan TB (Tengku Bakar). Done stalking *the necklace.”
“Korang lambat la. Aku dah stalk LMK dengan Tengku Bakar tu dari semalam lagi lepas LMK post kat IG. Hahaha rasanya memang betul Tengku Bakar.”

Pada masa yang sama, MURAI mendapati kedua-dua turut mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini masih belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada Ameera Khan mahupun Tengku Bakar berkaitan dengan dakwaan tersebut. Apa-apa pun, MURAI mendoakan yang terbaik untuk Ameera!
Ameera Khan Didakwa Rapat Dengan Kerabat Diraja Pahang?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Diperangkap Persepsi, Sistem Keadilan Buktikan Ahmad Zahid Tidak Bersalah
- PAU 2025 Penentu Kekuatan Parti Depani Cabaran Politik Semasa
- RISDA Salur 1,630 Tangki Air Kepada Pekebun Kecil di Sabah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.