2 singa diselamatkan selepas sembelit

2 singa diselamatkan selepas sembelit

2 singa diselamatkan selepas sembelit
DUA ekor singa diselamatkan selepas mengalami masalah pencernaan. – Foto DNPDUA ekor singa diselamatkan selepas mengalami masalah pencernaan. – Foto DNPDUA ekor singa diselamatkan selepas mengalami masalah pencernaan. – Foto DNP

BANGKOK – Dua ekor singa berkulit cerah yang diselamatkan berhampiran sempadan Thailand–Kemboja, menerima rawatan perubatan semalam di Ratchaburi, Thailand selepas mengalami masalah pencernaan, lapor portal berita Thaiger.

Singa jantan dan betina itu kurang sihat selepas dipindahkan ke Stesen Pembiakan Hidupan Liar Khao Zon di Ratchaburi pada akhir tahun lalu.

Pasukan veterinar memaklumkan bahawa singa-singa tersebut menunjukkan tanda-tanda tiada selera makan dan sukar membuang air besar.

Semalam, sekumpulan doktor haiwan menilai keadaan singa yang dinamakan Merry dan Christmas itu dengan menggunakan sedasi serta imbasan sinar-X.

Imbasan itu mendedahkan kedua-dua haiwan tersebut mengalami sembelit.

Tiada tanda sekatan dalaman yang serius dikesan namun bahagian usus bawah didapati dipenuhi najis yang mengeras.

Laman berita CH7 News melaporkan bahawa singa-singa tersebut kemudian diberikan rawatan cecair, selain antibiotik, ubat antiradang, ubat penahan sakit dan suplemen pemakanan.

Singa-singa iu dirampas oleh Tentera Laut Diraja Thailand pada 25 Disember tahun lalu di wilayah Trat, berhampiran kasino Thamoda, sempadan Thailand–Kemboja.

Kedua-dua haiwan itu kemudian dipindahkan ke Stesen Pembiakan Hidupan Liar Khao Zon untuk penjagaan jangka panjang.

Selepas rawatan, kedua-dua haiwan tersebut pulih tanpa sebarang komplikasi. – AGENSI

2 singa diselamatkan selepas sembelit

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAU 2025 Himpun 6,412 Perwakilan, 662 Usul Diterima – SUA

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker