UMNO Tidak Pernah Abaikan Agenda Islam dan Melayu – Nurulhidayah
UMNO Tidak Pernah Abaikan Agenda Islam dan Melayu – Nurulhidayah

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Exco Wanita UMNO Malaysia, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menegaskan bahawa UMNO tidak pernah melupakan perjuangan membela Islam dan orang Melayu walaupun parti itu kini berada dalam Kerajaan Perpaduan.
Menurut beliau, dakwaan kononnya UMNO hanya mempertahankan Islam dan Melayu apabila bersama Perikatan Nasional (PN), Pas atau ketika era Muafakat Nasional adalah tidak berasas dan bersifat persepsi politik sempit.
“UMNO tidak hanya membela ahli UMNO semata-mata. Sejak dahulu, kini dan selamanya, perjuangan UMNO adalah untuk rakyat,” katanya menerusi hantaran dalam laman Facebooknya.
Beliau menegaskan bahawa agenda Melayu dan Islam yang dibawa UMNO bukan sekadar slogan atau retorik bermusim untuk meraih sokongan politik, sebaliknya diterjemahkan melalui dasar, institusi dan pelaksanaan yang konsisten sejak awal pembinaan negara.
Ujarnya, antara contoh yang diketengahkan ialah Dasar Tahfiz Negara, yang menurut beliau mencerminkan kefahaman UMNO bahawa pembangunan modal insan tidak boleh diukur semata-mata melalui pencapaian akademik.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Proses Pengukuhan Parti Perlu Dilakukan Segera – Armand Azha
- Pak Mus Santuni Warga Palong, Sampaikan Sumbangan Beg Sekolah
- UMNO Perlis Perkukuh Hala Tuju, Rangka Langkah Strategik Gerak Kerja Parti
UMNO Tidak Perlu Skeptikal Perjuang Agama, Bangsa Dan Negara
“Anak-anak tahfiz bukan sekadar penghafaz al-Quran, tetapi aset ummah yang perlu dibimbing supaya mampu berdiri sama tinggi dalam sistem pendidikan dan kerjaya,” jelasnya.
Beliau berkata dasar tersebut membuka ruang integrasi antara pendidikan tahfiz, arus perdana dan latihan kemahiran agar Islam bukan sekadar dipelihara secara simbolik, tetapi dimartabatkan secara praktikal dalam arus pembangunan moden.
Selain itu, Nurulhidayah turut menyentuh Dasar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara yang disifatkan sebagai pendekatan realistik bagi memastikan setiap anak bangsa, khususnya Melayu luar bandar dan Bumiputera, memiliki peluang untuk berjaya.
“Tidak semua anak bangsa melalui laluan universiti, tetapi setiap anak bangsa berhak menikmati kehidupan yang bermaruah dengan pekerjaan dan pendapatan yang stabil,” katanya.
Beliau turut menekankan peranan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dalam menterjemahkan agenda pemerkasaan Bumiputera secara nyata, termasuk melalui akses pendidikan, pembiayaan perniagaan, latihan keusahawanan dan pembangunan luar bandar.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Sabah Perlu Kekal Fokus, Elak Terheret Polemik Politik
- Program Kembali Ke Sekolah Parlimen Tampin Ringankan Beban Pelajar
- MARA Tidak Pernah Sisihkan Golongan T20 – Dr Asyraf
PRK Lamag, Kinabatangan: Semoga Kemenangan Kepada Calon Kita – Ahmad Zahid
Menurutnya, MARA membuktikan bahawa UMNO bukan sekadar bercakap soal hak, tetapi menyediakan laluan ke arah keupayaan dan kemandirian ekonomi Bumiputera.
Dalam masa sama, Nurulhidayah menegaskan bahawa agenda Melayu Islam UMNO bukan bertujuan menafikan hak kaum lain, sebaliknya memastikan keadilan sosial dalam realiti masyarakat majmuk selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Ia adalah keseimbangan antara pembangunan negara yang inklusif dan pemeliharaan akar Melayu Islam sebagai tunjang negara.”
Beliau turut mengingatkan bahawa dalam landskap politik semasa yang sering dipengaruhi emosi dan persepsi media sosial, kekuatan sebenar sesebuah parti harus dinilai berdasarkan legasi dasar dan manfaat jangka panjang kepada rakyat.
“Kekuatan parti bukan terletak pada naratif semata-mata, tetapi pada dasar yang terus memberi manfaat kepada rakyat, dahulu, kini dan insya-Allah, selamanya,” katanya lagi. – UMNO Online
UMNO Tidak Pernah Abaikan Agenda Islam dan Melayu – Nurulhidayah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kesepakatan dan Semangat Kekeluargaan Asas Kukuh Perjuangan UMNO Kulai
- Program ‘Back To School’ UMNO Seputeh Bantu Ringankan Beban 300 Anak-Anak Setempat
- PRK Kinabatangan Dan Lamag: BN Pilih Anak Muda Teruskan Legasi Bung Moktar – Syed Hussein
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAU 2025: Penentu Hala Tuju UMNO Menjelang PRU16 – Sollehin
You must be logged in to post a comment.