PAU 2025: Rapatkan Saf, Utamakan Parti – Faiz Hashim

PAU 2025: Rapatkan Saf, Utamakan Parti – Faiz Hashim

PAU 2025: Rapatkan Saf, Utamakan Parti – Faiz Hashim

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Muhammad Faiz Hashim berkata Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 perlu dijadikan medan penyatuan dan pengukuhan parti menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 yang semakin hampir.

Menurutnya, PAU 2025 berkemungkinan merupakan perhimpunan terakhir sebelum UMNO berdepan medan ujian terbesar dalam PRU akan datang, justeru seluruh ahli dan pimpinan parti perlu mengetepikan perbezaan serta mengutamakan kepentingan perjuangan parti.

“PAU 2025 mungkin yang terakhir sebelum kita menghadapi PRU ke-16. Justeru, memohon pada semua ahli UMNO agar rapatkan saf perjuangan dan bersatu hati. Perbezaan pandangan diraikan sebaiknya, penyatuan sesama kita itu yang paling penting dalam memperkukuhkan saf perjuangan.

“Yang merajuk dipujuk, yang jauh didekatkan, yang berselisih faham difahamkan. Sebatang lidi mudah dipatahkan tetapi jika segengam lidi tiada siapa pun boleh mematahkannya.

“Semangat kebersamaan dan keikhlasan dalam perjuangan perlu diterjemahkan bukan sahaja ketika perhimpunan, tetapi juga di peringkat akar umbi agar UMNO terus kekal relevan dan diyakini rakyat,” katanya kepada UMNO Online.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Tidak Perlu Skeptikal Perjuang Agama, Bangsa Dan Negara


Mengulas lanjut kata Faiz lagi, keupayaan ahli parti untuk bergerak seiring dengan kepimpinan, menolak perpecahan dalaman serta mengutamakan kepentingan parti dan rakyat akan menjadi penentu utama keberkesanan mesej yang dibawa oleh UMNO kepada pengundi.

“PAU 2025 harus menjadi titik penyatuan. Perbezaan pandangan wajar diraikan secara matang, namun kesepakatan dalam perjuangan mesti menjadi keutamaan, lebih-lebih lagi ketika UMNO memikul tanggungjawab sebagai sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.

“Peranan ahli di peringkat bahagian dan cawangan dilihat amat signifikan sebagai jambatan antara kepimpinan parti dan rakyat. Sentimen akar umbi yang dibawa ke PAU 2025 dijangka mencerminkan harapan ahli agar parti tampil lebih tegas, jelas dan diyakini dalam memperjuangkan agenda agama, bangsa dan tanah air,” katanya lagi.

Ujarnya, PAU 2025 dilihat sebagai medan penting untuk mengembalikan keyakinan, memperkukuh solidariti dan menyusun langkah strategik demi memastikan UMNO kekal relevan serta terus menjadi tonggak utama dalam landskap politik negara. – UMNO Online

PAU 2025: Rapatkan Saf, Utamakan Parti – Faiz Hashim

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAU 2025: Penentu Hala Tuju UMNO Menjelang PRU16 – Sollehin

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker