Bekas bintang NFL saman mantan isteri dedah kisah dalam kelambu

Bekas bintang NFL saman mantan isteri dedah kisah dalam kelambu 

Bekas bintang NFL saman mantan isteri dedah kisah dalam kelambu
Kalil dan Baylee berpisah pada 2022 selepas tujuh tahun bersama. – Getty Images

WASHINGTON – Bekas bintang National Football League (NFL), Matt Kalil memfailkan saman terhadap mantan isterinya, Hayley Baylee selepas wanita itu mendakwa bahawa saiz alat kelaminnya menyebabkan mereka bercerai, lapor akhbar The Sun UK.

Kalil, 36, dan pempengaruh media sosial yang juga model itu berpisah pada 2022 selepas tujuh tahun bersama.

Saman menuntut sejumlah ganti rugi tersebut difailkan selepas Baylee mendedahkan cerita dalam kelambu itu dalam satu program audio siar (podcast).

Dia memberitahu bahawa mereka telah berjumpa dengan beberapa ahli terapi serta doktor untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina.

Kalil menyifatkan dakwaan itu sebagai komen yang ‘menceroboh privasi’ dan menjejaskan keupayaannya untuk mengelakkan perhatian umum, lapor saluran berita hiburan TMZ.

Kalil mendirikan rumah tangga kali kedua dengan seorang model, Kailani Asmus selepas bertunang pada 2024. – AGENSI

Bekas bintang NFL saman mantan isteri dedah kisah dalam kelambu

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemuda UMNO: Antara Perjuangan Dan Pemain Selamat Dalam Barisannya.

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker