Tang Jie-Ee Wei mohon peminat bersabar
Tang Jie-Ee Wei mohon peminat bersabar

Kuala Lumpur: Gandingan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei merayu peminat agar lebih bersabar dan terus memberi sokongan kepada semua pemain negara, sambil menegaskan setiap atlet berdepan cabaran serta fasa pasang surut dalam usaha mengejar kejayaan.
Tang Jie berkata demikian selepas mengesahkan kemaraan ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026 selepas menewaskan rakan senegara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin pada aksi pusingan kedua di Axiata Arena, hari ini.
Beregu di ranking keempat dunia itu mencatat kemenangan straight set 21-13, 23-21 dalam tempoh 41 minit, sekali gus melebarkan rekod pertemuan kepada 4-0 ke atas Pang Ron-Su Yin.
Tegas juara dunia itu, semua pemain bekerja keras setiap hari demi mengharumkan nama negara, namun keputusan perlawanan bukan sesuatu yang mampu dikawal sepenuhnya oleh atlet.
“Kami berlatih pagi dan petang setiap hari kerana mahu menang dan menjadi juara. Kami bermain untuk negara, peminat dan diri sendiri, jadi sokongan sangat penting,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Proses Pengukuhan Parti Perlu Dilakukan Segera – Armand Azha
- Pak Mus Santuni Warga Palong, Sampaikan Sumbangan Beg Sekolah
- UMNO Perlis Perkukuh Hala Tuju, Rangka Langkah Strategik Gerak Kerja Parti
UMNO Tidak Perlu Skeptikal Perjuang Agama, Bangsa Dan Negara
Sementara Ee Wei pula mengakui tekanan bermain di gelanggang sendiri bukan mudah, namun dia bersama Tang Jie memilih untuk mengharungi setiap perlawanan secara berperingkat tanpa terlalu memikirkan hal di luar gelanggang.
“Bermain di Malaysia sentiasa mencabar. Kami cuba atasi satu demi satu masalah dan fokus kepada perlawanan seterusnya,” katanya ketika diminta mengulas mengenai prestasi rakan senegara.
Mengulas prestasi rakan sepasukan, Ee Wei menegaskan setiap pasangan mempunyai kekuatan tersendiri dan berharap peminat memberi ruang kepada Pang Ron-Su Yin untuk terus berkembang.
“Kami berlatih bersama setiap hari. Kami tahu bila rakan sepasukan sedang bergelut dan bila mereka berada dalam keadaan yakin. Sokongan rakyat Malaysia amat bermakna buat semua atlet,” katanya.
Tang Jie turut berharap lebih ramai pasangan negara mampu meningkat naik bagi mengukuhkan kekuatan badminton Malaysia di peringkat antarabangsa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Sabah Perlu Kekal Fokus, Elak Terheret Polemik Politik
- Program Kembali Ke Sekolah Parlimen Tampin Ringankan Beban Pelajar
- MARA Tidak Pernah Sisihkan Golongan T20 – Dr Asyraf
PRK Lamag, Kinabatangan: Semoga Kemenangan Kepada Calon Kita – Ahmad Zahid
“Jika lihat pasukan China, mereka mempunyai lima hingga enam pasangan. Kami harap semua rakan sepasukan boleh meningkat bersama-sama,” katanya.
Dalam perlawanan yang berlangsung itu Tang Jie-Ee Wei menampilkan permainan kemas dengan serangan konsisten untuk menang 21-13.
Aksi set kedua berlangsung lebih sengit apabila Pang Ron-Su Yin meningkatkan tekanan dan mengikat kedudukan beberapa kali, namun ketenangan Tang Jie-Ee Wei membolehkan mereka menoktahkan kemenangan 23-21.
Sementara itu dalam satu lagi aksi perlawanan beregu campuran, perjalanan pasangan suami isteri Goh Soon Huat-Shevon Lai terhenti di pusingan kedua selepas tunduk kepada beregu Amerika Syarikat, 9-21, 17-21.
Tang Jie-Ee Wei mohon peminat bersabar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kesepakatan dan Semangat Kekeluargaan Asas Kukuh Perjuangan UMNO Kulai
- Program ‘Back To School’ UMNO Seputeh Bantu Ringankan Beban 300 Anak-Anak Setempat
- PRK Kinabatangan Dan Lamag: BN Pilih Anak Muda Teruskan Legasi Bung Moktar – Syed Hussein
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.