PRK Kinabatangan Dan Lamag: BN Pilih Anak Muda Teruskan Legasi Bung Moktar – Syed Hussein

PRK Kinabatangan Dan Lamag: BN Pilih Anak Muda Teruskan Legasi Bung Moktar – Syed Hussein

PRK Kinabatangan Dan Lamag: BN Pilih Anak Muda Teruskan Legasi Bung Moktar – Syed Hussein
Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 7 Jan – Pencalonan dua anak muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) oleh Barisan Nasional (BN) Mohd Naim Kurniawan Moktar bagi Parlimen Kinabatangan dan Mohd Ismail Ayob (Miha) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag sebagai satu langkah yang sangat tepat dan berpandangan jauh.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Syed Hussein Syed Abdullah berkata ini bukan sekadar soal usia, tetapi soal kualiti kepimpinan, pengalaman, serta kefahaman mendalam terhadap erti perjuangan sebenar parti dan khidmat kepada rakyat.

“Kedua-dua calon ini bukan asing kepada masyarakat setempat. Mereka membesar dalam suasana perjuangan, memahami denyut nadi rakyat Kinabatangan dan Lamag, serta membawa semangat dan nilai yang telah ditinggalkan oleh Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.

“Saya yakin mereka bukan sahaja mampu menyambung legasi Allahyarham, malah memperkukuh dan memperbaharuinya mengikut keperluan semasa, sekali gus memastikan kesinambungan perjuangan yang berteraskan khidmat kepada rakyat terus dipelihara serta disesuaikan dengan cabaran politik dan pembangunan masa kini.

“UMNO dan BN telah memberi ruang yang jelas kepada generasi pelapis yang berprinsip, berwibawa dan sanggup bekerja keras. Gabungan pengalaman parti dan tenaga anak muda inilah yang akan memastikan kesinambungan perjuangan serta kestabilan politik demi kepentingan rakyat dan masa depan Sabah khususnya,” katanya kepada UMNO Online.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRK Lamag, Kinabatangan: Semoga Kemenangan Kepada Calon Kita – Ahmad Zahid


Mengulas lanjut, beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang percaya bahawa kekuatan BN terletak pada jentera yang mantap dan mampu berikan khidmat terbaik bagi rakyat.

“Saya percaya, dengan sokongan padu jentera parti dan keyakinan rakyat, calon-calon BN ini mampu meneruskan khidmat terbaik serta membawa suara Kinabatangan dan Lamag dengan lebih berkesan di peringkat nasional dan negeri,” katanya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag, Sabah pada 24 Jan 2026.

Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 10 Jan dan 20 Jan.

PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag perlu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Dis lepas di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mesyuarat Khas UMNO Perak Bincang Isu Semasa Dan Perancangan 2026


Pada PRN Sabah Ke-17 yang diadakan 29 Nov lepas, Bung Moktar, 66, mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Lamag dengan majoriti 153 undi dalam saingan enam penjuru.

Kerusi DUN Lamag dipertandingkan buat pertama kali semasa PRN ke-16 pada 2020. Sementara itu, semasa Pilihan Raya Umum Ke-10 iaitu pada November 1999, Bung Moktar memenangi kerusi Parlimen Kinabatangan dan telah berkhidmat sebagai wakil rakyat kawasan itu selama enam penggal. – UMNO Online

PRK Kinabatangan Dan Lamag: BN Pilih Anak Muda Teruskan Legasi Bung Moktar – Syed Hussein

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Tidak Perlu Skeptikal Perjuang Agama, Bangsa Dan Negara

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker