Pempengaruh media sosial didakwa tumbuk wanita OKU
Pempengaruh media sosial didakwa tumbuk wanita OKU

PETALING JAYA: Seorang pempengaruh media sosial mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menumbuk seorang pekerja restoran makanan segera yang merupakan orang kurang upaya (OKU) bulan lalu.
Nalinee Kothandabani, 41, yang bekerja sebagai jurutera teknologi maklumat, didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rani Arumugam, 45, dengan menumbuk wanita itu di sebuah restoran makanan segera di Serdang Raya, Seri Kembangan, dekat sini pada 4 petang, 8 Disember lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Syed Ahmed Khabir Abdul Rahman menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Dinesh Muthal yang mewakili tertuduh memohon jaminan lebih rendah sekitar RM500 atas alasan anak guamnya merupakan penanggung utama keluarga.
“Anak guam saya menetap di Johor Bahru dan telah memberikan kerjasama baik kepada pihak polis semasa siasatan selain hadir sendiri ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan pada hari ini,” kata peguam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Proses Pengukuhan Parti Perlu Dilakukan Segera – Armand Azha
- Pak Mus Santuni Warga Palong, Sampaikan Sumbangan Beg Sekolah
- UMNO Perlis Perkukuh Hala Tuju, Rangka Langkah Strategik Gerak Kerja Parti
UMNO Tidak Perlu Skeptikal Perjuang Agama, Bangsa Dan Negara
Majistret Amira Sariaty Zainal membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Mac ini untuk sebutan semula kes.
Pada prosiding hari ini, peguam Lavendran Nair hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak mangsa.
Pada 18 Disember lalu, media melaporkan polis telah memanggil seorang suspek wanita yang disyaki menyerang seorang wanita OKU di sebuah restoran makanan segera di Serdang Raya, susulan pertengkaran di media sosial.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad, berkata mangsa mengalami lebam di pipi kiri dan bibir akibat kejadian itu. – BERNAMA
Pempengaruh media sosial didakwa tumbuk wanita OKU
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kesepakatan dan Semangat Kekeluargaan Asas Kukuh Perjuangan UMNO Kulai
- Program ‘Back To School’ UMNO Seputeh Bantu Ringankan Beban 300 Anak-Anak Setempat
- PRK Kinabatangan Dan Lamag: BN Pilih Anak Muda Teruskan Legasi Bung Moktar – Syed Hussein
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.