Pelanggan bergaduh gara-gara tisu

Pelanggan bergaduh gara-gara tisu

Pelanggan bergaduh gara-gara tisu
PERGADUHAN berlaku di sebuah kedai makanan di Singapura. – Foto Lianhe Zaobao

SINGAPURA – Satu pergaduhan tercetus selepas seorang lelaki didakwa menjatuhkan tisu ke dalam makanan seorang pelanggan lain di sebuah medan selera di Singapura, sehingga memaksa campur tangan polis, lapor laman berita Stomp hari ini.

Menurut laman berita Shin Min Daily News, kejadian berlaku pada 3 Januari lalu kira-kira pukul 2 petang (waktu tempatan) di sebuah kedai yang terletak di Toa Payoh HDB Hub.

Insiden tersebut melibatkan dua lelaki yang terlibat dalam pergelutan fizikal.

Apabila wartawan Shin Min mengunjungi lokasi kejadian, beberapa anggota polis dilihat berada di luar medan selera berkenaan, namun kekacauan akibat pergaduhan itu telah pun dileraikan.

Seorang pengarah kedai itu yang dikenali Du berkata, pergaduhan bermula selepas lelaki pertengahan umur tersebut menjatuhkan tisu ke dalam makanan lelaki yang lain.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Tidak Perlu Skeptikal Perjuang Agama, Bangsa Dan Negara


Katanya, dia terkejut apabila sebuah mangkuk dihempaskan ke lantai di hadapan kedainya.

“Semasa pergelutan fizikal itu, ada nasi terpercik mengenai pelanggan lain, namun tiada sesiapa yang cedera,” kata Du.

Bagaimanapun, ketika polis tiba, kedua-dua pelanggan yang terlibat telah pun meninggalkan tempat kejadian. – AGENSI

 

Pelanggan bergaduh gara-gara tisu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAU 2025: Penentu Hala Tuju UMNO Menjelang PRU16 – Sollehin

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker