Pelajar kolej vokasional maut motosikal dirempuh kereta

Pelajar kolej vokasional maut motosikal dirempuh kereta

Pelajar kolej vokasional maut motosikal dirempuh kereta
Seorang pelajar Kolej Vokasional ERT Azizah, Johor Bahru maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh kereta di Kilometer (KM) 67.4 Lebuhraya Senai-Desaru, malam tadi. – Foto ihsan PDRM

KOTA TINGGI: Seorang pelajar Kolej Vokasional ERT Azizah, Johor Bahru, berusia 20 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh kereta di Kilometer (KM) 67.4 Lebuhraya Senai-Desaru di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman, berkata pihaknya menerima laporan kemalangan maut itu jam 10.40 malam.

Kemalangan membabitkan kereta Toyota Vios dipandu seorang wanita warga tempatan berusia 35 tahun dan motosikal ditunggang mangsa.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dalam perjalanan dari arah Bandar Penawar menghala ke Johor Bahru hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal mangsa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Tidak Perlu Skeptikal Perjuang Agama, Bangsa Dan Negara


“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal parah di badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu kereta dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT),” katanya.

Pelajar kolej vokasional maut motosikal dirempuh kereta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAU 2025: Penentu Hala Tuju UMNO Menjelang PRU16 – Sollehin

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker