PAU 2025: Penentu Hala Tuju UMNO Menjelang PRU16 – Sollehin

PAU 2025: Penentu Hala Tuju UMNO Menjelang PRU16 – Sollehin

PAU 2025: Penentu Hala Tuju UMNO Menjelang PRU16 – Sollehin

KUALA LUMPUR, 7 Jan – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 disifatkan sebagai antara persidangan paling penting dalam sejarah parti kerana kedudukannya yang hampir dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16, sekali gus membawa makna besar terhadap hala tuju serta masa depan UMNO.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Mohamad Sollehin Mohamad Tajie berkata, PAU 2025 tidak boleh dilihat sekadar acara tahunan rutin, sebaliknya perlu menjadi medan utama untuk memperjelaskan pendirian politik parti serta memuktamadkan segala persediaan strategik menghadapi PRU akan datang.

Menurutnya, UMNO tidak mampu memasuki PRU ke-16 dalam keadaan kabur dari segi hala tuju politik, strategi pilihan raya mahupun naratif perjuangan yang ingin dibawa kepada rakyat.

“UMNO tidak boleh memasuki PRU ke-16 dalam keadaan tidak jelas dari segi hala tuju politik, strategi pilihan raya dan naratif perjuangan.

“PAU 2025 ini perlu menjadi platform untuk memeterai dan memutuskan perkara-perkara utama agar seluruh kepimpinan dan jentera parti bergerak dengan satu arah yang sama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRK Lamag, Kinabatangan: Semoga Kemenangan Kepada Calon Kita – Ahmad Zahid


“Hakikatnya, masa semakin mendesak dan rakyat menilai kesungguhan UMNO melalui kejelasan sikap serta tindakan yang diambil. PAU 2025 mesti menjadi perhimpunan yang menyatukan suara akar umbi dengan keputusan kepimpinan, supaya UMNO benar-benar bersedia, lebih kuat dan lebih diyakini menjelang PRU ke-16,” katanya kepada UMNO Online.

Tambah beliau lagi, dalam konteks persediaan pilihan raya, pengukuhan jentera dan pemantapan kesiapsiagaan parti perlu diberi keutamaan.

PAU 2025: Penentu Hala Tuju UMNO Menjelang PRU16 – Sollehin

“Pemuda UMNO bersedia memikul tanggungjawab sebagai penggerak utama, menyantuni rakyat dan memastikan mesej parti disampaikan dengan lebih berkesan serta selari dengan realiti semasa,” jelasnya.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang itu menegaskan bahawa suara yang dizahirkan menerusi Konvensyen Pemuda UMNO baru-baru ini jelas mencerminkan kehendak sebenar akar umbi yang mahukan kejelasan serta ketegasan dalam kepimpinan parti. 

Jelasnya lagi, mesej yang disampaikan oleh perwakilan bukan sekadar luahan biasa, sebaliknya isyarat jelas daripada jentera parti di peringkat bawahan yang kini berada di barisan hadapan berhadapan secara langsung dengan rakyat.

“Suara yang dizahirkan melalui Konvensyen Pemuda UMNO baru-baru ini jelas mencerminkan kehendak akar umbi yang mahukan kejelasan dan ketegasan dalam kepimpinan parti.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mesyuarat Khas UMNO Perak Bincang Isu Semasa Dan Perancangan 2026


“Hari ini akar umbi berada di barisan hadapan, berhadapan langsung dengan rakyat dan menggerakkan jentera, maka mereka menuntut keputusan yang boleh difahami, diyakini dan dilaksanakan di semua peringkat,” ujarnya.

Tambah beliau, kepimpinan parti perlu mengambil serius isyarat tersebut agar UMNO terus kekal relevan, bersatu dan diyakini rakyat, khususnya dalam mendepani cabaran politik semasa yang semakin kompleks. – UMNO Online


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Tidak Perlu Skeptikal Perjuang Agama, Bangsa Dan Negara



Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker