Messi idam miliki kelab sendiri

Messi idam miliki kelab sendiri

Messi idam miliki kelab sendiri
LIONEL Messi. FOTO AFP

Miami: Bintang MLS, Lionel Messi menyatakan hasrat untuk mengikut jejak langkah David Beckham dan menjadi pemilik kelab selepas bersara daripada bola sepak profesional.

Legenda Argentina berusia 38 tahun itu, yang terikat kontrak bersama Inter Miami hingga 2028 berkata, dia lebih cenderung kepada pemilikan kelab berbanding menjadi jurulatih sebagai fasa kedua kerjayanya.

“Saya tidak melihat diri saya sebagai seorang jurulatih,” kata pemenang dua kali MVP MLS dan lapan kali Ballon d’Or itu kepada saluran penstriman Argentina, Luzu TV, dalam temu bual yang diterbitkan semalam.

“Saya mahu mempunyai kelab sendiri, bermula dari bawah dan membesarkannya. Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berkembang dan mencapai sesuatu yang penting. Jika perlu memilih, itu lebih menarik bagi saya,” katanya lagi.

Messi, yang membawa Inter Miami menjuarai Piala MLS pertama kelab itu pada 2025, turut memiliki klausa pegangan saham minoriti dalam kelab MLS itu sebagai sebahagian daripada kontraknya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Tidak Perlu Skeptikal Perjuang Agama, Bangsa Dan Negara


Pada Mei lalu, dia membantu bekas rakan sepasukan lama di MLS dan Barcelona, Luis Suarez, melancarkan kelab divisyen keempat baharu, Deportivo LSM, di Uruguay, iaitu negara kelahiran Suarez.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Luis kerana memberi peluang ini, menjemput saya menyertai dan berkongsi projek yang telah beliau bangunkan sejak bertahun-tahun lalu dan kini semakin berkembang,” kata Messi ketika seperti dipetik ESPN Uruguay.

Messi dan Inter Miami akan memulakan saingan musim reguler MLS 2026 pada 21 Februari menentang Los Angeles FC.

Messi idam miliki kelab sendiri

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAU 2025: Penentu Hala Tuju UMNO Menjelang PRU16 – Sollehin

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker