Lelaki hilang sejak Isnin lalu ditemui terapung di Tasik The Mines

Lelaki hilang sejak Isnin lalu ditemui terapung di Tasik The Mines

Lelaki hilang sejak Isnin lalu ditemui terapung di Tasik The Mines
Mayat seorang lelaki ditemui terapung di tasik The Mines, Seri Kembangan, semalam.

SERDANG: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu ditemukan meninggal dunia selepas mayatnya terapung di Tasik The Mines, Seri Kembangan, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad, berkata pihaknya menerima maklumat penemuan mayat itu pada kira-kira jam 2.25 petang semalam.

“Laporan penemuan mayat itu dibuat seorang lelaki yang bekerja di Cruise The Mines, yang menghubungi anggota polis bertugas di Kaunter Aduan Balai Polis Sungai Besi Indah, Seri Kembangan.

“Lelaki berusia 44 tahun itu ditemukan terapung di tasik berkenaan dan semakan lanjut mendapati mangsa dilaporkan hilang sejak Isnin lalu,” katanya ketika dihubungi BH hari ini.

Muhamad Farid berkata, pemeriksaan awal mendapati kehilangan mangsa dibuat isterinya pada Isnin lalu di Balai Polis Kajang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Tidak Perlu Skeptikal Perjuang Agama, Bangsa Dan Negara


“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Setakat ini, polis tidak menemui sebarang elemen jenayah dalam kes itu yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.

 

Lelaki hilang sejak Isnin lalu ditemui terapung di Tasik The Mines

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAU 2025: Penentu Hala Tuju UMNO Menjelang PRU16 – Sollehin

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker