KPDN sita 199 tong LPG, tahan 3 individu
KPDN sita 199 tong LPG, tahan 3 individu

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyita 199 tong gas petroleum cecair (LPG) dan lori dianggarkan bernilai RM144,427 menerusi operasi di sebuah premis Kampung Sungai Keroh, Sepang, kelmarin.
Menerusi kenyataan hari ini, KPDN memaklumkan dalam serbuan itu pihaknya turut menahan tiga individu termasuk dua warga asing kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri untuk tujuan pemeriksaan.
“Semasa serbuan, dua lelaki warga asing itu didapati sedang memindahkan tong LPG dari sebuah lori manakala seorang lelaki tempatan turut berada di lokasi kejadian. Pemeriksaan lanjut menemukan 199 tong LPG di dalam premis berkenaan.
“Pelbagai barangan dan peralatan termasuk tong gas LPG, peralatan komunikasi, peralatan pengendalian, sebuah lori serta peralatan lain yang berkaitan turut disita, dengan rampasan keseluruhan dianggar bernilai RM144,427,” menurut KPDN.
Siasatan dijalankan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) iaitu menjalankan aktiviti berurusan secara borong atau runcit serta pengendalian barang kawalan tanpa lesen yang sah.
KPDN turut memberi amaran keras terhadap mana-mana individu atau syarikat agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan dan orang ramai boleh menyalurkan aduan berkaitan kepada KPDN sama ada menerusi WhatsApp 019-848 8000; portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my; Pusat Panggilan 1-800-886-800 atau aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN. – BERNAMA
KPDN sita 199 tong LPG, tahan 3 individu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kesepakatan dan Semangat Kekeluargaan Asas Kukuh Perjuangan UMNO Kulai
- Program ‘Back To School’ UMNO Seputeh Bantu Ringankan Beban 300 Anak-Anak Setempat
- PRK Kinabatangan Dan Lamag: BN Pilih Anak Muda Teruskan Legasi Bung Moktar – Syed Hussein
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.