Kongres FAM cetus tanda tanya
Kongres FAM cetus tanda tanya

Kuala Lumpur: Kongres tahunan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang sepatutnya berlangsung pada bulan depan masih menjadi tanda tanya selepas rata-rata ahli gabungan badan induk itu masih tidak menerima notis panggilan mesyuarat.
Menurut Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM), Mohd Firdaus Mohamed, pihaknya belum menerima notis berkenaan.
Mengikut statut FAM, notis panggilan kongres biasanya akan dikeluarkan 45 hari sebelum ia berlangsung.
“Kita tidak dapat lagi notis kongres. Jadi semua ahli gabungan hanya menunggu sahaja. Mungkin akan dilakukan bulan depan atau mungkin dilewatkan sedikit.
Mengikut rekod, Kongres FAM dilangsungkan pada 15 Februari 2025 lalu di mana mesyuarat itu menyaksikan pemilihan Exco baharu diadakan bagi penggal 2025-2029.
Pada kongres itu, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub dilantik sebagai Presiden FAM selepas menang tanpa bertanding bagi menggantikan Tan Sri Hamidin Mohd Amin yang tidak mempertahankan jawatan.
Begitupun, Joehari hanya bertahan enam bulan sebelum meletakkan jawatan pada Ogos lalu sekali gus meletakkan beliau sebagai Presiden FAM paling singkat.
Badan induk itu ketika ini dipimpin sementara oleh Timbalan Presiden, Datuk Mohd Yusoff Mahadi sehingga ke kongres baharu yang dijangka dilakukan awal tahun ini.
Kongres FAM cetus tanda tanya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kesepakatan dan Semangat Kekeluargaan Asas Kukuh Perjuangan UMNO Kulai
- Program ‘Back To School’ UMNO Seputeh Bantu Ringankan Beban 300 Anak-Anak Setempat
- PRK Kinabatangan Dan Lamag: BN Pilih Anak Muda Teruskan Legasi Bung Moktar – Syed Hussein
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.