Khalai’f idam buru gol lawan PDRM
Khalai’f idam buru gol lawan PDRM

Kuala Terengganu: Pemain sayap Terengganu FC (TFC), Khalai’f Naskam idam buru jaringan peribadi kedua apabila pasukannya bakal berdepan PDRM FC, Sabtu ini.
Bagaimanapun jelas pemain kelahiran Kedai Lalat, Kelantan itu impian berkenaan bukan mudah untuk direalisasikannya terutama skuad The Corp memiliki dua pertahanan import selain beraksi di tempat mereka di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
“Kali terakhir saya menjaringkan gol pada aksi pertama Liga Super musim 2025/2026 ketika pasukan berdepan Penang FC April tahun tahun lalu di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
“Selepas itu gagal melakukannya, jadi sudah pasti saya idam jaringan kedua peribadi lebih-lebih lagi kami kehilangan penyerang utama, Yann Mabella yang terpaksa diketepikan akibat kecederaan yang panjang.
“Jika diberi peluang oleh barisan kejurulatihan yang diketuai Tengku Hazman Raja Hassan, saya mahu membalas kepercayaan itu dengan jaringan untuk membantu pasukan melakar kemenangan,” ujar Khalai’f ketika ditemui pada sesi latihan pasukannya di Pusat Latihan TFC, petang semalam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Proses Pengukuhan Parti Perlu Dilakukan Segera – Armand Azha
- Pak Mus Santuni Warga Palong, Sampaikan Sumbangan Beg Sekolah
- UMNO Perlis Perkukuh Hala Tuju, Rangka Langkah Strategik Gerak Kerja Parti
UMNO Tidak Perlu Skeptikal Perjuang Agama, Bangsa Dan Negara
Ketika ditanya mengenai aksinya berdepan Penang FC tempoh hari biarpun berada dalam kesebelasan utama pasukan, bekas pemain Terengganu FC II (TFC II) berusia 23 tahun itu berkata, dia akui aksinya tidak sebagaimana yang diharapkan.
“Saya akui gagal menyerlah ketika berdepan dengan skuad Harimau Kumbang itu, ini mungkin disebabkan saya kurang mendapat bola pada masa sama saya dalam proses belajar untuk meningkatkan prestasi,” katanya.
TFC yang kini dibimbing jurulatih sementara, Tengku Hazman berada di tangga kelima liga dengan mengumpul 18 mata selepas 13 perlawanan dan perlu menang berdepan PDRM FC bagi memastikan tidak tersingkir di kedudukan lebih bawah liga.
Khalai’f idam buru gol lawan PDRM
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kesepakatan dan Semangat Kekeluargaan Asas Kukuh Perjuangan UMNO Kulai
- Program ‘Back To School’ UMNO Seputeh Bantu Ringankan Beban 300 Anak-Anak Setempat
- PRK Kinabatangan Dan Lamag: BN Pilih Anak Muda Teruskan Legasi Bung Moktar – Syed Hussein
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAU 2025: Penentu Hala Tuju UMNO Menjelang PRU16 – Sollehin
You must be logged in to post a comment.