Kesepakatan dan Semangat Kekeluargaan Asas Kukuh Perjuangan UMNO Kulai

Kesepakatan dan Semangat Kekeluargaan Asas Kukuh Perjuangan UMNO Kulai

Kesepakatan dan Semangat Kekeluargaan Asas Kukuh Perjuangan UMNO Kulai

KULAI, 7 Jan – Semangat kesepakatan dan kekeluargaan terus menjadi asas kekuatan UMNO apabila Bahagian Kulai melaksanakan perbincangan menerusi Mesyuarat Ahli Jawatankuasa UMNO yang berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh muafakat, semalam.

Ketuanya, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, yang juga Exco Kerajaan Negeri Johor, berkata kesatuan kukuh dalam kalangan kepimpinan parti merupakan elemen terpenting bagi memastikan perjuangan UMNO terus diperkasakan di peringkat akar umbi.

“Perbincangan yang penuh semangat dan semarak perjuangan ini memperlihatkan komitmen semua pihak untuk terus memperkukuh parti serta memastikan suara rakyat Kulai terus diperjuangkan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau.

Menurut beliau, budaya kekeluargaan yang diamalkan dalam UMNO Bahagian Kulai perlu terus dipelihara dan diperkukuh.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRK Lamag, Kinabatangan: Semoga Kemenangan Kepada Calon Kita – Ahmad Zahid


“Semoga kesepakatan dan semangat kekeluargaan dalam UMNO Bahagian Kulai ini menjadi asas kukuh dalam memperkasa perjuangan kita bersama,” katanya.

Ujar Mohd Jafni lagi, mesyuarat yang menghimpunkan barisan kepimpinan bahagian serta ketua-ketua sayap itu turut membincangkan hala tuju serta gerak kerja parti di peringkat akar umbi. – UMNO Online

Kesepakatan dan Semangat Kekeluargaan Asas Kukuh Perjuangan UMNO Kulai

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Tidak Perlu Skeptikal Perjuang Agama, Bangsa Dan Negara

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker