Jun Hao tersungkur, kemarau kejuaraan acara perseorangan berterusan
Jun Hao tersungkur, kemarau kejuaraan acara perseorangan berterusan

Kuala Lumpur: Malaysia terus buntu untuk menamatkan kemarau gelaran dalam acara perseorangan lelaki di Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026 apabila langkah wakil tunggal negara, Leong Jun Hao terhenti di pusingan kedua, sekali gus menafikan harapan untuk mara ke suku akhir edisi kali ini.
Pemain negara itu terpaksa akur selepas tewas kepada wakil Indonesia, Jonatan Christie, dalam perlawanan yang berlangsung di Axiata Arena selama 54 minit.
Dalam aksi itu, Jun Hao kecundang 18-21, 11-21 selepas gagal mengekalkan momentum ketika berdepan tekanan berterusan daripada pemain di ranking keempat dunia itu.
Set pertama menyaksikan Jun Hao memberi tentangan sengit sebelum Christie lebih tenang pada mata-mata akhir untuk meraih kemenangan 21-18.
Christie terus menguasai set kedua dengan permainan lebih kemas, sekali gus menamatkan cabaran pemain negara itu 21-11.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Proses Pengukuhan Parti Perlu Dilakukan Segera – Armand Azha
- Pak Mus Santuni Warga Palong, Sampaikan Sumbangan Beg Sekolah
- UMNO Perlis Perkukuh Hala Tuju, Rangka Langkah Strategik Gerak Kerja Parti
UMNO Tidak Perlu Skeptikal Perjuang Agama, Bangsa Dan Negara
Kekalahan berkenaan menyaksikan rekod pertemuan antara kedua-dua pemain kini memihak menjadi tiga sama selepas Jun Hao pernah menewaskan pemain Indonesia itu pada pertemuan terakhir di Terbuka Singapura, Mei tahun lalu, secara straight set.
Kejayaan menewaskan Jun Hao membawa Christie ke suku akhir, di mana dia dijadualkan bertemu sama ada pemain China, Lu Guangzu atau wakil Jepun, Kodai Naraoka.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia merangkul gelaran perseorangan lelaki di Terbuka Malaysia pada edisi 2018 menerusi Datuk Seri Lee Chong Wei.
Bagi Jun Hao, penampilan kali ini tetap mencatat pencapaian terbaiknya di Terbuka Malaysia selepas tersingkir seawal pusingan pertama pada penampilan sulung edisi tahun lalu.
Jun Hao tersungkur, kemarau kejuaraan acara perseorangan berterusan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kesepakatan dan Semangat Kekeluargaan Asas Kukuh Perjuangan UMNO Kulai
- Program ‘Back To School’ UMNO Seputeh Bantu Ringankan Beban 300 Anak-Anak Setempat
- PRK Kinabatangan Dan Lamag: BN Pilih Anak Muda Teruskan Legasi Bung Moktar – Syed Hussein
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.