Imigresen gempur 13 lokasi sekitar Seremban dan Nilai, 77 warga asing ditahan
Imigresen gempur 13 lokasi sekitar Seremban dan Nilai, 77 warga asing ditahan

SEREMBAN: Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) menahan 77 pendatang asing tanpa izin dalam operasi penguatkuasaan dijalankan di 13 lokasi sekitar Seremban dan Nilai bermula 9 pagi Selasa hingga 1 pagi semalam.
Pengarah JIMNS, Kennith Tan Ai Kiang, berkata pemeriksaan dilakukan ke atas 395 warga asing hasil aduan dan risikan selama seminggu.
“Daripada pemeriksaan itu, seramai 77 warga asing tanpa izin berumur antara 19 hingga 47 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen, membabitkan 71 lelaki dan enam perempuan.
“Tangkapan membabitkan empat warga Indonesia, Pakistan (10), Bangladesh (26), India (26), Thailand (enam) serta Myanmar (lima) dan daripada jumlah itu, sebanyak 55 ditahan dalam serbuan di sebuah kilang sabun di Nilai,” katanya dalam kenyataan di sini.
Kennith berkata, antara kesalahan utama adalah tidak memiliki pas dan dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa serta kesalahan lain yang melanggar peruntukan Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Proses Pengukuhan Parti Perlu Dilakukan Segera – Armand Azha
- Pak Mus Santuni Warga Palong, Sampaikan Sumbangan Beg Sekolah
- UMNO Perlis Perkukuh Hala Tuju, Rangka Langkah Strategik Gerak Kerja Parti
UMNO Tidak Perlu Skeptikal Perjuang Agama, Bangsa Dan Negara
Semua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.
“Selain tindakan terhadap warga asing itu, tindakan tegas termasuk pendakwaan di mahkamah juga akan diambil terhadap mana-mana majikan atau individu yang didapati menggaji atau melindungi warga asing tanpa izin mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) menahan 77
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kesepakatan dan Semangat Kekeluargaan Asas Kukuh Perjuangan UMNO Kulai
- Program ‘Back To School’ UMNO Seputeh Bantu Ringankan Beban 300 Anak-Anak Setempat
- PRK Kinabatangan Dan Lamag: BN Pilih Anak Muda Teruskan Legasi Bung Moktar – Syed Hussein
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.