Gandingan England kecewakan Sze Fei-Izzuddin
Gandingan England kecewakan Sze Fei-Izzuddin

Kuala Lumpur: Hasrat beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk melangkah lebih jauh di Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026 berakhir apabila tewas kepada pasangan utama England, Ben Lane-Sean Vendy, pada aksi pusingan kedua di Axiata Arena, hari ini.
Beregu nombor tujuh dunia itu akur dengan kekalahan straight set 13-21, 17-21 kepada gandingan ranking ke-16 dunia dalam perlawanan yang berlangsung 42 minit.
Set pertama menyaksikan Sze Fei-Izzuddin gagal menyaingi tempo pantas Lane-Vendy yang meraih kemenangan 21-13 di set pertama.
Memasuki set kedua, pasangan negara cuba bangkit dengan meningkatkan intensiti permainan, namun beberapa kesilapan terutama di bahagian belakang gelanggang memberi kelebihan kepada beregu England terus mendahului.
Lane-Vendy kekal tenang mengawal perlawanan sebelum menoktahkan set kedua 21-17, sekali gus memastikan kemaraan mereka ke suku akhir.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Proses Pengukuhan Parti Perlu Dilakukan Segera – Armand Azha
- Pak Mus Santuni Warga Palong, Sampaikan Sumbangan Beg Sekolah
- UMNO Perlis Perkukuh Hala Tuju, Rangka Langkah Strategik Gerak Kerja Parti
UMNO Tidak Perlu Skeptikal Perjuang Agama, Bangsa Dan Negara
Kekalahan itu menyaksikan Sze Fei-Izzuddin terus buntu menentang pasangan England berkenaan dengan rekod pertemuan kini memihak kepada Lane-Vendy 2-0.
Untuk rekod, pertemuan terakhir kedua-dua pasangan turut dimenangi Lane-Vendy pada Kejohanan Terbuka Denmark 2025.
Susulan kekalahan itu, Ben Lane-Sean Vendy akan berdepan wakil Jepun, sama ada Takuro Hoki-Yugo Kobayashi atau Kakeru Kumagai-Hiroki Nishi di suku akhir.
Beregu profesional negara itu selepas ini dijadualkan beraksi Terbuka India dalam usaha mempertahankan gelaran yang dimenangi tahun lalu.
Khalai’f idam buru gol lawan PDRM
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kesepakatan dan Semangat Kekeluargaan Asas Kukuh Perjuangan UMNO Kulai
- Program ‘Back To School’ UMNO Seputeh Bantu Ringankan Beban 300 Anak-Anak Setempat
- PRK Kinabatangan Dan Lamag: BN Pilih Anak Muda Teruskan Legasi Bung Moktar – Syed Hussein
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.