Ejen tarik kereta ditahan, ugut wanita ada tunggakan hutang

Ejen tarik kereta ditahan, ugut wanita ada tunggakan hutang

SHAH ALAM: Tindakan dua ejen penarik kereta mengugut seorang wanita dan mengetuk cermin serta badan kereta miliknya dengan besi memakan diri apabila ditahan awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md Yusof Ahmad berkata, polis menerima laporan daripada mangsa berusia 24 tahun yang bekerja sendiri.

Beliau berkata, kejadian berlaku pada jam 7 malam kelmarin berhampiran pekan Sekinchan, Sabak Bernam.

“Hasil siasatan mendapati punca kejadian disebabkan kereta mewah jenis BMW 7 Series yang dipandu pengadu mempunyai tunggakan bank selama 16 bulan.

“Kedua-dua suspek berusia lingkungan 30-an kemudian bertindak mengugut mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Md Yusof berkata, susulan maklumat polis kemudian berjaya menahan kesemua suspek di tepi Jalan Genting Klang, Setapak, Kuala Lumpur kira-kira jam 2.30 pagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Tidak Perlu Skeptikal Perjuang Agama, Bangsa Dan Negara



“Semakan mendapati kedua-duanya mempunyai beberapa rekod lampau.

“Mereka kemudian direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ejen tarik kereta ditahan, ugut wanita ada tunggakan hutang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAU 2025: Penentu Hala Tuju UMNO Menjelang PRU16 – Sollehin

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker