Bas gagal dikawal rempuh tiga kereta
Bas gagal dikawal rempuh tiga kereta

JOHOR BAHRU: Pemandu sebuah bas dilaporkan gagal mengawal kenderaannya sebelum merempuh tiga kereta di Kilometer 11 Jalan Johor Bahru–Air Hitam di sini, pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Azrol Anuar Nor, berkata kemalangan berlaku kira-kira jam 6.50 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan kemalangan jiwa.
“Siasatan awal mendapati bas dipandu lelaki tempatan berusia 59 tahun itu datang dari arah Skudai menuju pusat bandar sebelum gagal dikawal lalu melanggar belakang Perodua Myvi.
“Myvi dipandu lelaki tempatan berusia 42 tahun bersama seorang penumpang wanita berusia 42 tahun.
“Pelanggaran menyebabkan kereta berkenaan melanggar sebuah Perodua Bezza dan Volkswagen dipandu lelaki tempatan berusia 42 dan 62 tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, pemandu dan penumpang Perodua Myvi cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.
Katanya, pemandu bas dan Volkswagen dilaporkan tidak mengalami kecederaan.
“Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana gagal mengawal kenderaan dengan baik sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya.
Klip video kemalangan berdurasi 12 saat tular di Facebook Community Roda Johor.
Kemalangan menyebabkan kesesakan luar biasa kira-kira dua jam ketika ramai pengguna jalan raya dalam perjalanan ke tempat kerja.
Bas gagal dikawal rempuh tiga kereta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kesepakatan dan Semangat Kekeluargaan Asas Kukuh Perjuangan UMNO Kulai
- Program ‘Back To School’ UMNO Seputeh Bantu Ringankan Beban 300 Anak-Anak Setempat
- PRK Kinabatangan Dan Lamag: BN Pilih Anak Muda Teruskan Legasi Bung Moktar – Syed Hussein
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.