UMNO Perlis Perkukuh Hala Tuju, Rangka Langkah Strategik Gerak Kerja Parti

UMNO Perlis Perkukuh Hala Tuju, Rangka Langkah Strategik Gerak Kerja Parti

UMNO Perlis Perkukuh Hala Tuju, Rangka Langkah Strategik Gerak Kerja Parti

KUALA LUMPUR, 6 Jan – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Rozabil Abdul Rahman memaklumkan bahawa Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis pertama bagi tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya sebagai platform penting dalam memperkukuh hala tuju dan gerak kerja parti.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Arau berkata, mesyuarat tersebut memberi tumpuan kepada perbincangan menyeluruh melibatkan penyelarasan strategi parti, penilaian landskap politik semasa negeri serta persediaan menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang.

“Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis untuk kali pertama bagi tahun 2026.

“Mesyuarat ini menjadi medan perbincangan penting dalam menyelaras gerak kerja parti, menilai perkembangan politik semasa negeri, terutamanya krisis politik di kalangan parti pemerintah, serta merangka langkah strategik bagi memperkukuh kedudukan UMNO di peringkat akar umbi,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Rozabil dalam pada itu turut sama meluahkan komitmen berterusan untuk memperkasa parti melalui kesepaduan saf kepimpinan dalam memperjuangkan agenda membela agama, bangsa dan negara.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mesyuarat Khas UMNO Perak Bincang Isu Semasa Dan Perancangan 2026


Katanya ini kerana kekuatan parti bergantung kepada semangat kebersamaan serta kesungguhan berterusan semua peringkat kepimpinan dan ahli dalam mendepani cabaran politik semasa.

“Insya-Allah, dengan kesepaduan saf kepimpinan dan iltizam bersama, UMNO Negeri Perlis akan terus diperkasakan demi perjuangan membela agama, bangsa dan negara,” ujar beliau. – UMNO Online

UMNO Perlis Perkukuh Hala Tuju, Rangka Langkah Strategik Gerak Kerja Parti


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRK Lamag, Kinabatangan: Semoga Kemenangan Kepada Calon Kita – Ahmad Zahid

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker