JBPM laksana 898 operasi pemindahan, menyelamat mangsa banjir
JBPM laksana 898 operasi pemindahan, menyelamat mangsa banjir

Kuala Terengganu : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaksanakan sebanyak 898 operasi pemindahan dan menyelamat mangsa banjir di seluruh negara dalam tempoh 13 November lalu hingga semalam.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Ahmad Izram Osman berkata, operasi berkenaan membabitkan seramai 4,747 mangsa yang dipindahkan atau diselamatkan menerusi operasi di air, darat dan udara.
Selain itu, beliau berkata, dalam tempoh sama, JBPM turut melaksanakan sebanyak 8,174 operasi atau kerja-kerja pemantauan di semua lokasi termasuk pantai, sungai dan kawasan banjir bagi memastikan keselamatan orang awam sepanjang Monsun Timur Laut (MTL).
“Sepanjang tempoh MTL iaitu dari 13 November lalu hingga semalam, JBPM menerima sebanyak 873 panggilan kecemasan daripada orang awam yang memerlukan pelbagai bentuk bantuan.
Turut hadir, Pengarah JBPM Terengganu Nor Mahathir Muhamad.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Sabah Perlu Kekal Fokus, Elak Terheret Polemik Politik
- Program Kembali Ke Sekolah Parlimen Tampin Ringankan Beban Pelajar
- MARA Tidak Pernah Sisihkan Golongan T20 – Dr Asyraf
PRK Lamag, Kinabatangan: Semoga Kemenangan Kepada Calon Kita – Ahmad Zahid
Pada program itu, Ahmad Izram menyampaikan sumbangan wang tunai serta barangan keperluan kepada 16 anggota bomba yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan sebanyak enam kematian akibat lemas direkodkan di seluruh negara dalam tempoh 1 Januari hingga semalam.
Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengelakkan sebarang aktiviti di air sehingga berakhirnya musim MTL.
“Tiga kes kematian berlaku di pantai, manakala selebihnya membabitkan sungai atau tali air (dua kes) serta air terjun (satu kes). Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan tidak melakukan sebarang aktiviti air sepanjang tempoh MTL yang masih belum berakhir,” katanya.
JBPM laksana 898 operasi pemindahan, menyelamat mangsa banjir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Proses Pengukuhan Parti Perlu Dilakukan Segera – Armand Azha
- Pak Mus Santuni Warga Palong, Sampaikan Sumbangan Beg Sekolah
- UMNO Perlis Perkukuh Hala Tuju, Rangka Langkah Strategik Gerak Kerja Parti
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Tidak Perlu Skeptikal Perjuang Agama, Bangsa Dan Negara
You must be logged in to post a comment.